NATIONAL
Malaysia Aviation Group umum peletakan jawatan Wan Zulkiflee

Wan Zulkiflee telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan daripada lembaga pengarah MAG pada Jun 2024 selepas berkhidmat selama empat tahun. -Gambar fail/Malaysia Aviation Group
KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan Pengerusi Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin telah meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.
Ringkasan AI
- Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin meletak jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) berkuat kuasa hari ini.
- Wan Zulkiflee dilantik pada Julai 2020 dan menyatakan hasrat untuk meletak jawatan pada Jun 2024 selepas berkhidmat selama empat tahun.
- Di bawah kepimpinannya, MAG berjaya mengurangkan liabiliti lebih RM15 bilion dan mencatat pendapatan bersih selepas cukai (NIAT) pertama pada 2023 sejak penubuhannya pada 2015.
"Pengalaman luas Wan Zulkiflee telah membimbing MAG melalui masa-masa sukar semasa COVID-19. Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan menyelesaikan penyusunan semula kewangan kumpulan dan mengurangkan liabiliti kumpulan sebanyak lebih RM15 bilion,"kata kenyataan itu.
Kepimpinan beliau adalah penting dalam membimbing syarikat untuk mencatat pendapatan bersih selepas cukai (NIAT) yang pertama pada 2023 sejak penubuhan kumpulan itu pada 2015, katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami