awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bakal jadi negara kelima dengan penuaan populasi tertinggi

Izza Izelan
Izza Izelan
02/03/2016
01:00 MYT
Malaysia bakal jadi negara kelima dengan penuaan populasi tertinggi
Kadar penuaan populasi Malaysia akan meningkat dari 5 peratus pada tahun 2015. - Gambar fail
Malaysia kini berada di tangga ketujuh dalam kajian “Prospek Negara Menua” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Namun pada tahun 2100, Malaysia dijangka menjangkaui bilangan purata populasi menua di tangga kelima.
Singapura, Korea dan Jepun pula dijangka kekal berada pada tiga tangga teratas prospek tersebut.
Kajian bertajuk 'Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB): Semakan Kajian Kesuburan Medium 2012' turut menyatakan bahawa kadar penuaan populasi Malaysia akan meningkat dari 5 peratus pada tahun 2015, kepada 28 peratus pada tahun 2100.
Menurut Pengarah Antarabangsa Bahagian Kosmetik Jepun, Tetsuya Kambe, sebagai salah sebuah negara yang kadar penuaan tinggi, rakyatnya semakin mementingkan penjagaan diri.
Ini termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Beliau menambah, Jepun mempunyai bilangan penduduk warga emas berumur 60 tahun ke atas yang besar, pada ketika ini.
Sebagai perbandingan, di Malaysia, angka tersebut dijangka melebihi purata dunia dalam tempoh 30 tahun.. di mana penduduk warga emas mencapai kira-kira 30 peratus daripada jumlah penduduk.
Tambah Kambe, walaupun teknologi perubatan dan kesedaran penjagaan makanan akan meningkat serta jangka hayat penduduk dipanjangkan, persiapan untuk rawatan perubatan dan langkah bagi menjamin kualiti hidup warga emas semakin diperlukan.
Beliau bercakap pada majlis Minggu Kecantikan Jepun 2016, anjuran Persatuan Industri Kosmetik Jepun (JCIA).
Topic Berkaitan
#2016
#Jepun
#Malaysia
#minggu kecantikan jepun
#populasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan