awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berjaya kemudi ASEAN dengan penuh keyakinan di tengah perubahan dunia - Anwar

Bernama
Bernama
02/11/2025
13:30 MYT
Malaysia berjaya kemudi ASEAN dengan penuh keyakinan di tengah perubahan dunia - Anwar
Anwar berkata kekuatan sebenar ASEAN berpaut kepada kesetiaan, keterangkuman dan keyakinan antara anggotanya. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, berjaya menakhodai blok serantau itu dengan penuh keyakinan serta mengemudi rantau ini di tengah-tengah perubahan dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, Anwar berkata Malaysia telah menghidupkan semula dialog, membina jambatan baharu dan membuktikan semangat ASEAN terus subur, dipandu kebijaksanaan, rasional serta tujuan bersama di bawah panji perpaduan dan keamanan.
"Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menutup tirai Kepengerusian Malaysia dengan sejarah yang terpahat di Kuala Lumpur, daripada Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand hinggalah pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0," kata beliau sambil berkongsi sebuah video sorotan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Beliau berkata kekuatan sebenar ASEAN berpaut kepada kesetiaan, keterangkuman dan keyakinan antara anggotanya.
"Tatkala teraju ini diserahkan kepada Filipina, Malaysia menatap kembali perjalanan ini dengan rasa syukur. Tidak semua kebuntuan terurai, namun setiap langkah berani telah melengkungkan sejarah menuju harapan dan keadilan," kata beliau.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas kesabaran dan kemesraan yang ditunjukkan kepada sahabat-sahabat serantau sepanjang tempoh kepengerusian negara dalam blok itu.
"Dunia telah menyaksikan, inilah wajah sebenar Malaysia!" kata beliau.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari yang melabuhkan tirai pada 28 Okt lepas turut melakar beberapa pencapaian penting termasuk penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN.
Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dan Filipina akan menggalas tanggungjawab itu tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Facebook
#perjanjian damai
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan