awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat kematian tertinggi 2 hari berturut-turut, ini tumpuan kenyataan media KKM

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2021
12:21 MYT
Malaysia catat kematian tertinggi 2 hari berturut-turut, ini tumpuan kenyataan media KKM
Dr Noor Hisham berkata rakyat Malaysia adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan angka kematian akibat COVID-19 tertinggi baharu dua hari berturut-turut, dengan kes kematian hari ini sebanyak 47 kes berbanding 45 semalam.
Peningkatan kes-kes secara mendadak telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.
Justeru, KKM menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media KKM disampaikan ketua pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1) Sebanyak 4,865 kes baharu direkodkan, jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini 479,421 kes.
2) Sebanyak 3,497 kes sembuh, jumlah keseluruhan kes sembuh kini 432,600 kes.
3) Sebanyak 47 kematian dilaporkan, jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini 1,994 kes.
4) KKM mengesan 44,827 kes aktif dan 19 kluster baharu.
5. Malaysia dijangka berhadapan lonjakan bilangan kes harian COVID-19 sekali lagi seperti yang telah berlaku di banyak negara lain.
Topic Berkaitan
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kes positif
#kes baharu
#kes kematian
#kes kematian tertinggi
#angka tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan