ZHEJIANG: Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi (JPT) Malaysia-China mengenai kerjasama pasca era COVID-19 yang diadakan di sini pada Sabtu, menyaksikan kedua-dua pihak sepakat untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran vaksin.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Luar China yang juga Ahli Dewan Negara, Wang Yi.
Saifuddin berkata kerjasama itu dapat memenuhi aspirasi Malaysia untuk menghasilkan vaksin sendiri seperti terkandung dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
Saifuddin turut mengumumkan China akan menyumbang sebanyak dua juta lagi dos vaksin Sinovac kepada Malaysia, selain satu juta dos yang diumumkan pada September 2021.
Mengenai hubungan Malaysia-China, beliau berkata perbincangan hari ini juga memberi ruang untuk mendapat maklumat dan mengenal pasti kaedah baharu bagi memperluas lagi hubungan kedua-dua negara.
Beliau berkata Beijing sudah menerima permintaan Putrajaya untuk Perdana Menteri melawat China pada tahun depan.
"Kami sentiasa meletak China di senarai teratas. Kebiasaannya sebagai satu daripada negara terawal yang akan dilawati pemimpin kami selepas mengunjungi negara anggota ASEAN," katanya.
Beliau berkata kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai aspek kerjasama ekonomi termasuk perdagangan dan pelaburan, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kerjasama taman perindustrian, projek mega dan produk pertanian.
Malaysia turut mengalu-alukan kesediaan China untuk berunding mengenai penyediaan lebih banyak peluang untuk produk pertanian berkualiti Malaysia masuk ke pasaran China.
Beliau turut menekankan mengenai memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Telekomunikasi Digital dan Perjanjian Penerbitan Filem Bersama yang rumusannya kini di peringkat akhir.
"Kami teruja dengan potensi pertumbuhan kerjasama ekonomi digital antara kedua-dua negara. Mengenai pelaburan ekonomi digital, ia sesuatu yang kami nantikan untuk adakan kerjasama lebih erat dengan kerajaan China atau syarikat dari China," katanya.
Beliau berkata Malaysia mahu menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang ini melalui Pejabat Pelaburan Digital (DIO) di bawah Unit Perancang Ekonomi.
Saifuddin turut menyentuh mengenai perkembangan memperbaharu perjanjian kerjasama angkasa dan penggunaan angkasa lepas secara aman antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan China National Space Administration (CNSA) - yang ditandatangani pada 30 Nov 2021.
Beliau berkata rundingan MoU Kerjasama Perubatan Tradisional juga telah dimuktamadkan manakala Surat Hasrat mengenai Kerjasama Bola Keranjang China-Malaysia sedia ditandatangani.
Mengenai budaya dan pertukaran antara rakyat, Saifuddin berkata kedua-dua negara juga bersetuju untuk meneruskan perbincangan mengenai meningkatkan pengajaran bahasa Melayu di China, satu inisiatif yang dapat mengeratkan lagi persefahaman rakyat kedua-dua negara.
"Buat masa ini terdapat 15 universiti yang mengajar bahasa Melayu dan pengajian Melayu dan kami akan cuba membantu dengan menghantar buku, tenaga pengajar dan sebagainya," tambahnya.
Mesyuarat JPT diadakan secara hibrid, dengan wakil agensi berkaitan dari kedua-dua pihak mengambil bahagian dari Putrajaya dan Beijing melalui pautan video.
Saifuddin dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke China mulai Jumaat, atas undangan Wang Yi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
Saifuddin berkata kerjasama itu dapat memenuhi aspirasi Malaysia untuk menghasilkan vaksin sendiri seperti terkandung dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN). - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.