awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan Mesir sepakat ambil langkah proaktif hentikan keganasan di Palestin

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
10/11/2024
12:44 MYT
Malaysia dan Mesir sepakat ambil langkah proaktif hentikan keganasan di Palestin
Anwar dan Presiden Sisi turut membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Lubnan, yang berpotensi mencetuskan konflik lebih meluas di Asia Barat. - Bernama
KAHERAH: Malaysia dan Mesir sepakat untuk mengambil langkah lebih tegas dan proaktif bagi memastikan keganasan di Palestin dihentikan.
Pendirian ini dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah.
Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Mesir sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.
Tambah Anwar, Malaysia menyanjung usaha Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat sebagai perantara untuk menamatkan kezaliman rejim Zionis Israel.
Anwar dan Presiden Sisi turut membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Lubnan, yang berpotensi mencetuskan konflik lebih meluas di Asia Barat.
Perbincangan mereka juga menyentuh pelbagai langkah konkrit untuk memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara, termasuk kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, minyak sawit, industri halal, pendidikan, pelancongan, kesihatan, sumber asli, dan tenaga boleh baharu.
Selain itu, dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, Anwar berkata pihaknya komited dalam usaha merapatkan hubungan blok negara Asia Tenggara bersama Mesir.
Anwar turut menyentuh soal BRICS, di mana Malaysia menghargai sokongan Mesir terhadap penyertaan Malaysia sebagai rakan kerjasama dalam gabungan ini.
Selepas ini, beliau dijadualkan untuk memberi ceramah umum di Al-Azhar Conference Centre.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Mesir
#Palestin
#Anwar Ibrahim
#Fattah El-Sisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan