MALAYSIA
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza

Mohamad (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Turki, Hakan Fidan.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan negara-negara anggota Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Ringkasan AI
- Di mesyuarat itu, Mohamad Hasan menegaskan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin dan menekankan empat perkara utama iaitu:*D-8 secara sebulat suara menyokong pelaksanaan gencatan senjata yang kekal.
- Menghentikan dana dan bantuan kepada Israel termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada ketenteraan dan kependudukan haram rejim Israel.t*Meningkatkan bantuan kemanusiaan dan memastikan bantuan dapat disampaikan dengan selamat dan tanpa halangan kepada Palestin.*Negara-negara anggota menubuhkan kerjasama di antara D-8 dan Palestin.
Pada mesyuarat itu, Mohamad menegaskan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin
dan menekankan empat perkara utama iaitu:
- D-8 secara sebulat suara menyokong pelaksanaan gencatan senjata yang kekal.
- Menghentikan dana dan bantuan kepada Israel termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada ketenteraan dan kependudukan haram rejim Israel.
- Meningkatkan bantuan kemanusiaan dan memastikan bantuan dapat disampaikan dengan selamat dan tanpa halangan kepada Palestin.
- Negara-negara anggota menubuhkan kerjasama di antara D-8 dan Palestin.
Mohamad juga telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Turki, Hakan Fidan dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu kerjasama antarabangsa, serantau dan dua hala yang berkepentingan, terutamanya berkenaan isu Gaza.
Penyertaan Malaysia di Mesyuarat Tergempar tersebut adalah sebahagian daripada usaha-usaha berterusan dan komitmen jitu negara dalam memperjuangkan isu Palestin di pelbagai platform antarabangsa.
Menurut Wisma Putra, Usaha Negara diteruskan melalui penyertaan Menteri Luar Negeri ke Persidangan Peringkat Tinggi "Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza" pada 11 Jun ini di Jordan.
Penyertaan Malaysia di Persidangan ini, atas jemputan Raja Jordan, Raja Abdullah II, Presiden
Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas
komitmen Negara membantu rakyat Palestin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami