KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat kepada 4.8 peratus pada 2024 berbanding 3.7 peratus dalam tahun sebelumnya berikutan permintaan luaran yang terus pulih secara sederhana bagi suku-suku akan datang, kata Standard Chartered Bank Malaysia Bhd (StanChart).
Dalam laporannya Global Focus - Economic Outlook Q2-2024 semalam, bank itu berkata eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 yang merupakan pemulihan daripada penguncupan sebanyak 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
"Berdasarkan keadaan itu, pemulihan kluster elektronik yang juga utama, adalah agak perlahan dan menguncup 10.9 peratus pada dua bulan pertama 2024. Kami menjangkakan sektor itu akan meningkat susulan pemulihan elektronik secara meluas," katanya.
Mengulas pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, StanChart berkata minat terhadap usaha itu kekal menggalakkan dengan jumlah FDI diluluskan mencecah RM188 bilion dalam 2023 iaitu meningkat 15 peratus dengan pelaburan pembuatan menyumbang sebanyak 70 peratus.
Perkembangan itu sepatutnya membantu dari segi menyokong pelaburan secara keseluruhan yang meningkat 5.5 peratus pada 2023.
"Bagi lebihan dagangan Malaysia, nilainya susut kepada RM10.5 bilion bagi dua bulan pertama 2024 berbanding RM17.8 bilion pada 2023, sebahagiannya disebabkan oleh lebihan sektor elektronik dan komoditi yang lebih kecil.
"Kami juga menjangkakan imbangan perdagangan barangan akan bertambah baik pada bulan-bulan akan datang. Lebihan dagangan elektronik sewajarnya seiring dengan pemulihan kitaran teknologi global manakala peningkatan kecil harga minyak sawit mentah telah mendorong kenaikan imbangan perdagangan komoditi dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini," katanya.
Menyentuh perkhidmatan, StanChart berkata pemulihan segmen pelancongan dalam negara akan mengurangkan defisit perdagangan dalam sektor itu.
Dari segi dasar perbankan, ia menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengekalkan kadar dasar semalaman di tahap tiga peratus pada tahun ini.
Malah, bank pusat itu menerusi kenyataan dasar monetari terkini pada Mac lepas, juga telah menegaskan bahawa pendiriannya pada masa ini adalah bagi menyokong ekonomi.
"Kami yakin BNM akan melangkaui sebarang kesan pengurangan subsidi secara sekali beri dan lebih memberi tumpuan terhadap kesan selepas itu," katanya.
StanChart juga menyifatkan faktor kitaran lebih menyokong perdagangan global susulan permintaan lebih perlahan dari Eropah, Amerika Syarikat dan China dan 2024 dijangka terus mengekang ekonomi yang bergantung kepada perdagangan.
"Berikutan itu, beberapa faktor kitaran lebih ketara sebagai sokongan ke atas perdagangan global. Penguncupan segmen elektronik misalnya berakhir apabila usaha-usaha inventori kembali normal dengan elemen pemacu struktur seperti 'kitaran super' kecerdasan buatan terbukti melonjakkan permintaan teknologi.
"Susulan itu, ekonomi seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Malaysia, Thailand dan Vietnam dijangka meraih manfaat daripada perkembangan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
![Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710403520_kualalumpur.jpg)
StanChart berkata pemulihan segmen pelancongan dalam negara akan mengurangkan defisit perdagangan dalam sektor itu. - Gambar hiasan
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
!['BNM dijangka kekalkan kadar OPR' 'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715063885_tbBANKNEGARA.jpg)
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
![Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710403520_kualalumpur.jpg)
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
![Standard Chartered unjur BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus Standard Chartered unjur BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665545904_BankNegaraMalaysia.jpg)
Standard Chartered unjur BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
BNM diunjur mengekalkan pendirian tunggu dan lihat untuk menilai kesan pelarasan OPR terkumpul yang lepas.
![Belanjawan 2023 seimbang, penekanan pada kemampanan fiskal jangka panjang Belanjawan 2023 seimbang, penekanan pada kemampanan fiskal jangka panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665132351_BursaMalaysia.jpg)
Belanjawan 2023 seimbang, penekanan pada kemampanan fiskal jangka panjang
Belanjawan 2023 menyediakan sokongan yang amat diperlukan dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, mengukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial serta mempertingkatkan ekosistem PMKS.
![OPR akan meningkat kepada 3% bulan ini, ramal Standard Chartered OPR akan meningkat kepada 3% bulan ini, ramal Standard Chartered](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674003986_OPRMeningkatBNM.jpg)
OPR akan meningkat kepada 3% bulan ini, ramal Standard Chartered
Kenaikan daripada 2.75 peratus ketika ini, membalikkan langkah pemotongan kadar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
![Eksport Malaysia dijangka cecah hampir AS$500 bilion menjelang 2030 Eksport Malaysia dijangka cecah hampir AS$500 bilion menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638931061_eksportmalaysia.jpg)
Eksport Malaysia dijangka cecah hampir AS$500 bilion menjelang 2030
Laporan itu turut menunjukkan Malaysia akan menjadi pemacu utama pertumbuhan dagangan global.
![Malaysia dipilih sebagai antara tiga pasaran teratas menjanjikan prospek amat cerah Malaysia dipilih sebagai antara tiga pasaran teratas menjanjikan prospek amat cerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623925623_kualalumpur.jpg)
Malaysia dipilih sebagai antara tiga pasaran teratas menjanjikan prospek amat cerah
Syarikat Taiwan yang menumpukan ASEAN mengenal pasti Malaysia sebagai antara tiga pasaran teratas yang menjanjikan prospek amat cerah untuk perluasan seterusnya dalam tempoh 12 bulan akan datang.
![Moody's sahkan penarafan empat bank Malaysia, unjuran stabil Moody's sahkan penarafan empat bank Malaysia, unjuran stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625675514_Moodys.jpg)
Moody's sahkan penarafan empat bank Malaysia, unjuran stabil
Moody's Investors Service mengesahkan penarafan deposit mata wang asing jangka panjang Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd dan RHB Bank Bhd masing-masing pada A3.
![Bank utama dunia didakwa terlibat lakukan pemindahan dana meragukan Bank utama dunia didakwa terlibat lakukan pemindahan dana meragukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600662852_fincendiles.jpg)
Bank utama dunia didakwa terlibat lakukan pemindahan dana meragukan
Antara bank yang paling banyak disebut dalam laporan berkenaan ialah HSBC, JP Morgan Chase, Deutsche Bank, Standard Chartered dan Bank of New York Mellon.
![Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81489507568_PerdanaPutra.jpg)
Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi
Polisi kerajaan yang mempelbagaikan struktur ekonomi negara ini adalah keputusan yang tepat untuk mengukuhkan sistem kewangan negara.