KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang tepat untuk merealisasikan usaha negara menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi, seterusnya melonjakkan ekonomi negara ke tahap lebih baik.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau yakin insentif-insentif tersedia dan fokus yang diberikan kepada sektor-sektor utama mampu memacu sektor buruh, pendapatan isi rumah dan kelestarian ekonomi.
Lima sektor utama yang diberikan perhatian adalah aeroangkasa, bahan kimia/petrokimia, ekonomi digital, elektrik dan elektronik dan farmaseutikal.
Bercakap pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini, katanya Malaysia juga sentiasa mengekalkan perhubungan diplomatik dengan rakan dagang penting dan sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) bagi memastikan pelabur terus menunjukkan keyakinan untuk melabur di Malaysia.
Memberikan contoh, beliau berkata pengumuman pelaburan tambahan sehingga lima bilion euro (1 euro=RM4.99) oleh syarikat semikonduktor Jerman, Infineon Technologies AG yang diumumkan semalam menzahirkan keyakinan pelabur terhadap gagasan Ekonomi MADANI.
Syarikat itu mengumumkan pengembangan kemudahannya di Kulim, Kedah untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200-milimeter (mm) terbesar di dunia dengan pelaburan tambahan sehingga lima bilion euro (1 euro=RM4.99) dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menurut syarikat itu, pelaburan tersebut akan menyumbang kepada potensi perolehan SiC tahunan kira-kira tujuh bilion euro menjelang akhir dekad ini, selain penukaran SiC 200-mm di Villach, Austria dan Kulim, Kedah.
Di sebalik keyakinan itu,Tengku Zafrul berkata negara turut menyaksikan pemulihan prestasi ringgit.
"Kita dapat lihat syarikat tempatan dan antarabangsa semakin banyak melabur dan pada masa sama, yang penting kita dapat melihat asas ekonomi semakin kukuh dari segi pekerjaan serta penurunan pengangguran dan inflasi.
"Kesemuanya melibatkan keyakinan sebenarnya. Saya percaya kita akan dapat mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar 4.0 hingga 5.0 peratus pada akhir tahun ini dan ini akan mengukuhkan lagi mata wang ringgit," katanya.
Bagaimanapun, beliau turut menekankan kepentingan untuk penggiat tempatan melengkapkan ekosistem negara melalui pelaburan langsung domestik bagi menyokong keperluan pelabur asing.
"FDI tidak akan datang ke Malaysia jika syarikat tempatan gagal menyediakan bekalan, misalnya bahan mentah dan perkhidmatan yang cukup serta bakat yang dapat menjalankan tugas," katanya.
Justeru, menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dijangka dilancarkan bulan ini, pelan itu akan meneraju daya tahan perusahaan kecil dan sederhana antaranya menerusi automasi dan inovasi.
Tengku Zafrul berkata NIMP 2030 adalah kerangka dasar yang komprehensif dan jelas dalam mentransformasi sektor perindustrian Malaysia dan satu pasukan khas akan ditubuhkan untuk memfokuskan kepada pelaksanaan dan keberhasilannya yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023
Tengku Zafrul menekankan, penting untuk penggiat tempatan melengkapkan ekosistem negara melalui pelaburan langsung domestik bagi menyokong keperluan pelabur asing. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.
Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.
Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.
Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.
Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.
Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.
MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.