awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di tempat 47 dalam Indeks Peraturan Undang-Undang 2020

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
11/03/2020
09:44 MYT
Malaysia di tempat 47 dalam Indeks Peraturan Undang-Undang 2020
WJP memaklumkan Malaysia mencatatkan skor indeks sebanyak 5.1 peratus menjadikannya berada di ranking ke-47. - Gambar AFP
Malaysia mendaki empat anak tangga dalam Indeks Peraturan Undang-undang menerusi penilaian Projek Keadilan Dunia (WJP).
Menurut WJP, Malaysia mencatatkan skor indeks sebanyak 5.1 peratus menjadikannya berada di ranking ke-47.
“Trend signifikan itu melibatkan peningkatan dalam beberapa aspek yang dinilai termasuk Kekangan Kuasa kerajaan, Hak-hak Asasi, Penguatkuasaan Undang-undang dan Keadilan Undang-undang Sivil.
“Malaysia diletakkan pada kedudukan ke tujuh dalam kalangan 15 buah negara rantau Asia Timur dan tangga ke-12 dari 42 buah negara berpendapatan tinggi dan sederhana,” kata WJP menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Tambah WJP, New Zealand diikuti Australia dan Singapura pula merupakan antara negara yang mencatatkan prestasi indeks tertinggi.
Menurut pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif WJP, William H. Neukom, penguatkuasaan undang-undang bukan menjadi ukuran semata-mata kepada hakim dan peguam.
Sebaliknya, ia merupakan dasar dan kayu ukur kepada komuniti yang adil, aman dan tenteram.
“Kita semua adalah pemegang taruh dalam peraturan undang-undang, maka kita berperanan dalam menegakkannya,” kata Neukom.
Dalam pada itu, WJP turut mengesahkan bahawa lebih banyak negara mencatatkan penurunan berbanding peningkatan dalam prestasi peraturan undang-undang itu sejak tiga tahun berturut-turut.
Sehubungan itu, WJP berkata, penurunan itu menunjukkan trend yang merosot pada tahun-tahun sebelum ini.
WJP merupakan sebuah organisasi bebas pelbagai disiplin yang memberi pengetahuan, kesedaran dan tindakan stimulasi terhadap peraturan undang-undang seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Australia
#Indeks Peraturan Undang-undang
#Malaysia
#New Zealand
#undang-undang
#WJP
#World Justice Project
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan