JAKARTA: Malaysia dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama antara ASEAN dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Kanada, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Peranan Malaysia dalam hal ini dibincangkan semasa mesyuarat antara beliau dengan Setiausaha Agung baharu ASEAN Dr Kao Kim Hourn di pejabat Sekretariat ASEAN di sini pada Jumaat.
"Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memastikan kerjasama antara ASEAN dengan GCC dapat kita wujudkan dan laksanakan melalui penganjuran Summit membabitkan ketua-ketua negara tahun ini," katanya kepada media Malaysia.
Malaysia juga akan bertanggungjawab untuk memberikan tumpuan untuk meningkatkan hubungan antara ASEAN dan Kanada, kata Zambry, sambil menambah perkara ini telah dibincangkan di peringkat pegawai tinggi dan akan dibahas lebih terperinci hari ini.
Perkara lain yang turut dibincangkan antara lain berhubung kedudukan ASEAN pada masa kini dan akan datang serta isu-isu yang dihadapi termasuk mengenai Myanmar, agar jalan penyelesaian terbaik secara bersama dapat dicapai.
Sementara itu, Zambry berkata Malaysia akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kao agar beliau dapat menjalankan tugasnya dan melaksanakan agenda yang menjadi keutamaan ASEAN.
Pertemuan dengan Kao diadakan dalam rangka agenda sempena siri mesyuarat Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN yang berakhir hari ini.
Kao secara rasmi memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung ASEAN ke-15 pada 9 Jan untuk berkhidmat dari 2023 hingga 2027.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Pertemuan dengan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kin Hourn yang baru dilantik sebagai SUA ke-15 di Sekretariat ASEAN, Jakarta. - Foto Facebook/Zambry Abd. Kadir

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Krisis Myanmar perlu diselesaikan di peringkat ASEAN - Zambry
Krisis yang berlaku di Myanmar perlu diselesaikan di peringkat ASEAN dan tidak boleh dilakukan oleh sebuah negara sahaja.

Zambry bertemu Menteri Luar Sri Lanka, Maldives di London
Kedua-dua mereka senada dalam usaha untuk terus meningkatkan hubungan baik kedua-dua negara yang telah terjalin sejak sekian lama.

Zambry ketuai delegasi Malaysia ke tiga acara penting Komanwel di London
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom mulai Isnin (13 Mac) hingga Rabu (15 Mac).

Tuntutan waris Sulu: Malaysia sedang siasat kesahihan pihak dakwa waris Sultan Sulu - Zambry
Malaysia sedang menyiasat kesahihan "Perjanjian 1878" pihak yang mendakwa waris Sultan Sulu bagi mematahkan tuntutan daripada kumpulan yang mendakwa sebagai waris Sulu.

Malaysia mesti beri sumbangan ketara sebagai penentu, pembentuk dasar di arena antarabangsa
Malaysia tidak boleh berada di belakang dan sekadar melihat negara lain merencana peraturan dan undang-undang yang mentadbir dunia.

Lawatan PM ke Filipina 'sangat signifikan' - Zambry
Anwar merupakan ketua kerajaan pertama yang melakukan lawatan rasmi ke Filipina sejak Ferdinand Marcos Jr dipilih sebagai Presiden ke-17.

Menteri Luar Australia Penny Wong adakan lawatan kerja ke Malaysia bermula Isnin
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.

Bendung Islamofobia, elak saudara Islam terus berdepan diskriminasi - Zambry
Hak kebebasan bersuara tidak bermakna seseorang individu itu sewenang-wenangnya bebas untuk menghina agama orang lain.

Zambry tawar diri bertanding Naib Presiden UMNO
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2023-2026.

Malaysia diiktiraf contoh terbaik promosi budaya hidup damai - Zambry
Katanya, perkara itu dikongsikan bersama beliau oleh Setiausaha Agung, Liga Muslim Sedunia Sheikh Dr Mohammed Al-Issa.