Malaysia dan Filipina bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang penjagaan kesihatan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di sini, pada Rabu.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata MoU itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Jabatan Kesihatan Filipina, Dr Francisco T.Duque III, semasa mesyuarat dua hala di Putrajaya, untuk membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua hala melalui kerjasama penjagaan kesihatan.
Di bawah MoU, Malaysia dan Filipina bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang penjagaan kesihatan utama; kesihatan reproduktif; pendidikan kesihatan; sumber manusia untuk pembangunan kesihatan; pemakanan; dan pertukaran maklumat mengenai isu-isu berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.
Kedua-dua negara juga akan bekerjasama dalam pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit; kawalan kawal selia farmaseutikal; ubat tradisional, ubat herba, suplemen kesihatan dan produk kosmetik; peralatan perubatan; pelancongan kesihatan; penyelidikan kesihatan; dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Kumpulan Kerja Teknikal Bersama diketuai oleh para pegawai yang dilantik dari kementerian kesihatan kedua-dua negara akan melaksanakan MOU tersebut.
"Kedua-dua Menteri Kesihatan menekankan pentingnya meningkatkan kerjasama untuk menangani masalah kesihatan rentas sempadan di tengah persekitaran global yang pesat berubah.
"Kerjasama kesihatan antara negara-negara jiran adalah penting untuk cepat bertindak balas terhadap ancaman kesihatan awam dan mencegah risiko kesihatan yang lebih besar termasuk wabak dan daya tahan mikrob," kata kedua-dua mereka dalam satu kenyataan bersama di sini pada Rabu.
Kedua-dua Menteri Kesihatan juga melahirkan harapan mereka bahawa hasil mesyuarat akan memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam pengurusan isu rentas sempadan berkaitan kesihatan kedua-dua negara dan pelbagai pihak berkepentingan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 31 2019
MoU ditandatangani Dr Dzulkefly dan Dr Francisco di Putrajaya pada 31 Julai, 2019. - Facebook Dr Dzulkefly Ahmad
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Agong berkenan menerima menghadap Fahmi, Dzulkefly
Pada sesi menghadap itu, Fahmi mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan media sosial di negara ini.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.