awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia haramkan eksport pasir laut - Xavier

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/07/2019
12:42 MYT
Malaysia haramkan eksport pasir laut - Xavier
Kabinet memutuskan bahawa perlombongan pasir di Malaysia hanya untuk kegunaan tempatan. - Gambar hiasan
Malaysia memutuskan untuk tidak membenarkan pengeksportan pasir laut ke mana-mana negara.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, Kabinet memutuskan bahawa perlombongan pasir di Malaysia hanya untuk kegunaan tempatan.
Namun, ia masih boleh dieksport ke negara lain menerusi kelulusan khas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kabinet sebelum ini putuskan Perdana Menteri sendiri perlu luluskan. Ia tidak berubah, sama seperti kerajaan sebelum ini," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Malaysia, yang merupakan sumber terbesar pasir laut Singapura, mengharamkan eksport komoditi itu ke republik berkenaan.
Ia sekaligus dilihat akan menjejaskan pembangunan pelabuhan mega di Tuas yang bakal menjadi terminal kontena terbesar di dunia.
Xavier pada masa sama menegaskan keputusan kerajaan itu tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan mana-mana negara termasuk Singapura.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir
#eksport pasir
#Perdana Menteri
#perlombongan pasir
#Singapore
#Tun Mahathir
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan