awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, India perkukuh kerjasama strategik pelbagai bidang – PM Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/07/2025
22:45 MYT
Malaysia, India perkukuh kerjasama strategik pelbagai bidang – PM Anwar
Perdana Menteri Anwar (kiri) bertemu rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi di Rio de Janeiro pada Ahad (pagi Isnin di Malaysia). - Gambar Bernama
RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, di sela-sela Sidang Kemuncak BRICS ke-17, di sini, pada Ahad bagi membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dua hala.
Menurut Anwar, kedua-dua negara meneliti potensi besar dalam memperkukuh hubungan Malaysia–India merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, teknologi digital dan pertahanan.
“Saya turut mengalu-alukan minat syarikat-syarikat India untuk melabur dalam sektor masa hadapan di Malaysia termasuk ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan industri aeroangkasa,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua negara komited untuk mempererat hubungan antara rakyat melalui kerjasama dalam bidang kebudayaan, pelancongan dan pendidikan, termasuk cadangan penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.
Dalam pertemuan itu, Malaysia dan India turut menegaskan pentingnya menjamin keamanan dan kestabilan serantau, serta menyatakan sokongan terhadap penyelesaian yang adil dan aman bagi isu antarabangsa seperti Palestin.
Malaysia, jelas Anwar, menyambut baik usaha memperkukuh hubungan ASEAN–India menjelang Sidang Kemuncak ASEAN–India pada Oktober ini, sejajar semangat kerjasama serantau yang saling menguntungkan.
“Semoga hubungan erat Malaysia dan India terus berkembang demi manfaat dan kesejahteraan bersama rakyat kedua-dua negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Narendra Modi
#Rio de Janeiro
#Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan