awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
09/01/2025
03:45 MYT
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM
Anwar berjabat tangan dengan Prabowo ketika bertemu semasa mesyuarat APEC di Lima, Peru. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Lawatan kerja rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ke Malaysia dijangka memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara, dengan fokus pada transformasi digital dan pengukuhan ekonomi serantau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan semasa kunjungan rasmi Prabowo.
"Yang pentingnya adalah usaha kami pastikan Indonesia-Malaysia bekerjasama untuk mengangkat kekuatan ekonomI.
"Antara yang terlibat adalah syarikat-syarikat utama Indonesia, Khazanah, dan syarikat-syarikat utama Malaysia, termasuk dalam bidang digital yang kita tekankan sebagai transformasi digital," ujar Anwar dalam ucapannya di Forum Ekonomi Malaysia 2025 di ibu negara hari ini.
Prabowo dijadualkan mengadakan pertemuan rasmi bersama Anwar bermula hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala serta meneroka peluang baharu untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Anwar bekata Perdana Menteri Jepun, Ishiba Shigeru akan bertemu Anwar esok untuk membincangkan pelaburan strategik dalam sektor tenaga dan peralihan tenaga mampan.
"Esok, PM Jepun Ishiba akan tiba di Malaysia dan kita akan bicara beberapa isu.
"Ini termasuk pelaburan perdagangan, dan rancangan baharu yang kritikal dari segi peralihan tenaga.
"Kita harap perbincangan akan jadikan Malaysia, khususnya Sarawak, sebagai hab tenaga di rantau ini," ujarnya. //ends
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Prabowo Subianto
#kerjasama sektor digital
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan