awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
11/04/2025
07:10 MYT
Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (kiri) menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Luar Indonesia Arif Havas Oegroseno hari ini. -Facebook
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia dapat menarik nafas lega susulan pengurangan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas kedua-dua negara sebelum ini.

Ringkasan AI
  • Tarif timbal balas AS terhadap Malaysia dan Indonesia telah dikurangkan kepada 10 peratus.
  • Penangguhan tarif AS selama 90 hari memberi ruang untuk strategi rundingan.
  • Malaysia komited untuk mempererat hubungan dengan Indonesia dan menangani cabaran perdagangan bersama.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Luar Indonesia Arif Havas Oegroseno hari ini.
Katanya tarif terhadap Malaysia telah diturunkan daripada 24 peratus kepada 10 peratus manakala Indonesia daripada 32 peratus kepada 10 peratus.
"Walaupun penangguhan tarif AS cuma 90 hari, ia memberi ruang kepada semua negara untuk mengatur strategi khususnya dalam rundingan dengan AS," katanya menerusi hantaran di laman media sosialnya hari ini.
Tengku Zafrul berkata pertemuan dengan Arif Havas membincangkan perkembangan terkini hubungan dua negara termasuklah berkaitan tarif AS.
"Malaysia yakin melalui dialog dan kerjasama berterusan, kita dapat menangani cabaran perdagangan ini dan merebut peluang bersama," katanya.
Katanya Malaysia komited untuk mempererat hubungan dengan Indonesia, terutamanya sebagai pengerusi ASEAN 2025 demi ASEAN yang lebih makmur dan inklusif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#tarif Trump
#Indonesia
#Arif Havas Oegroseno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan