JAKARTA: Malaysia dan Indonesia hari ini memeterai memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia.
Pemeteraian MoU itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka di sini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mewakili Malaysia dan Indonesia diwakili Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah.
Ismail Sabri pada sidang media bersama Joko Widodo selepas menyaksikan majlis itu berkata MoU itu akan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak-pihak yang berkaitan, mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.
"Saluran kemasukan tunggal bagi PDI ke Malaysia dipersetujui dengan hanya menggunakan sistem saluran tunggal seperti yang terkandung dalam MoU bagi menyaring hanya majikan yang layak untuk menggajikan PDI," katanya.
Perdana menteri turut menekankan Malaysia telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai komitmen negara di peringkat antarabangsa untuk membanteras isu buruh paksa, termasuk memberi perlindungan kepada pekerja migran dari Indonesia.
Dalam menjaga kebajikan pekerja domestik dari sudut perlindungan sosial, pelbagai inisiatif dilakukan termasuk caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan jaminan bayaran gaji melalui e-Wages iaitu bagi menjamin pembayaran gaji tidak lewat daripada hari ketujuh setiap bulan.
Cuti rehat sehari seminggu dan aplikasi e-aduan yang membolehkan pekerja membuat sebarang aduan secara dalam talian diperkenalkan serta lain-lain kebajikan yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan.
Pemeteraian MoU itu turut merintis kepada kemasukan semula Tenaga Kerja Indonesia untuk bekerja dalam sektor-sektor yang dibenarkan di Malaysia.
Ismail Sabri berkata MoU yang termeterai akan memberi manfaat besar dan berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.
Pemeteraian itu juga disifatkan satu detik yang besar dan penting serta mencerminkan komitmen berterusan pemerintah Malaysia dan Indonesia menguruskan hal ehwal rakyat.
"Sebagai negara tetangga, Malaysia sentiasa menghargai dan mengalu-alukan sumbangan pekerja migran Indonesia terhadap pembangunan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia," katanya.
Rasa gembira turut dizahirkan Ismail Sabri memandangkan MoU itu telah melalui siri perbincangan dengan beberapa Perdana Menteri sebelum ini, namun termeterai ketika beliau menjawat jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Ismail Sabri bersama Joko Widodo menyaksikan majlis menandatangani MoU mengenai Penggajian dan Perlindungan Pekerja Migran Rumah Tangga (IDMW) Indonesia di Malaysia di Istana Merdeka hari ini. - Foto BERNAMA
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Malaysia, Indonesia meterai MoU pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia
Pemeteraian MoU itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka di Jakarta.