Indonesia dan Malaysia hari ini mencapai kesepakatan dalam beberapa perkara bilateral seperti hal perbatasan maritim isu nelayan, pengurusan tenaga kerja dan perdagangan demi kemajuan dan hubungan jangka panjang kedua-dua negara.
Persetujuan tersebut dicapai dalam sebuah mesyuarat delegasi antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo bersama barisan menteri serta pegawai kerajaan masing-masing di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sebentar tadi.
Ketika sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Joko Widodo atau lebih mesra disapa sebagai Jokowi turut mengulas tentang isu tenaga kerja Indonesia, TKI, khususnya golongan yang bekerja sebagai pembantu rumah.
Kata Jokowi, kedua-dua negara bersetuju untuk memastikan kemasukan TKI ke Malaysia hanya melalui satu saluran rasmi sahaja.
"Khusus mengenai tenaga kerja Indonesia (TKI), kita akan gunakan satu saluran tersebut sehingga hal ehwal perlindungan terhadap TKI di Malaysia dapat dilakukan bersama," ujar Jokowi.
Menurut Najib pula, setakat ini lebih 4,000 pembantu rumah masuk ke negara ini dengan saluran rasmi manakala 105,000 orang lagi menggunakan saluran yang tidak rasmi.
Tambah beliau, dengan mewujudkan satu saluran, ia dapat memelihara kepentingan pembantu rumah, menyediakan latihan yang mencukupi dan memberi perlindungan yang sewajarnya kepada golongan berkenaan.
Persempadanan maritim dan isu nelayan
Sementara itu Najib dalam sidang media yang sama memaklumkan mengenai isu persempadanan maritim. Katanya jawatankuasa teknikal telah bermesyuarat sebanyak 26 kali sebelum ini namun belum menunjukkan hasil yang boleh memperlihatkan kemajuan yang signifikan.
"Oleh itu, kami berdua bersetuju untuk meneruskan usaha penyelesaian persempadanan maritim berdasarkan kepada trek jawatankuasa teknikal yang melapor pada Menteri Luar dan mesyuarat selanjutnya akan diadaan pada 26 Februari ini.
"Kami juga bersetuju untuk melantik special envoy (pegawai khas) untuk mengadakan rundingan secara eksploratif peringkat pertama, bagi mencari formula yang kebarangkaliannya diterima pemerintah dan rakyat kedua-dua negara," ujar beliau.
Mengenai isu pencerobohan nelayan, kedua-dua negara bersepakat bahawa mana-mana nelayan yang berada di zon perairan pertindihan hanya akan dihalau pulang, manakala nelayan yang melepasi sempadan perairan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang di negara yang dicerobohnya.
LIHAT GALERI FOTO LAWATAN JOKOWI KE MALAYSIA
Sekolah Indonesia
Dalam hal berkaitan, Najib juga menyatakan persetujuan terhadap permintaan Indonesia mengenai penubuhan sekolah-sekolah Indonesia atau Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) bagi keperluan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia dan anak-anak mereka.
"Di Sabah sudah ada 50 buah sekolah berkenaan. Kerajaan negeri Sarawak juga telah memberi persetujuan supaya diwujudkan sekolah-sekolah yang sama di negeri tersebut.
Usaha tersebut dilihat selari dengan ketetapan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bahawa hak untuk mendapat pendidikan merupakan hak universal yang tidak boleh dinafikan.
Ekonomi dan pelaburan
Selain daripada dua isu besar tersebut, kedua-dua pemimpin itu turut membuka pintu kerjasama ekonomi dan pelaburan untuk diterokai bersama.
“Pada masa sekarang ini, mengikut statistik pelaburan Malaysia ke Indonesia adalah bernilai AS$3.97 bilion dari tempoh tahun 2008 hingga September 2014, manakala pelaburan Indonesia ke negara ini adalah berjumlah AS$1.89 bilion.
“Saya telah nyatakan kepada Bapak Presiden (Jokowi) bahawa Malaysia amat mengalu-alukan pelabur-pelabur dari Indonesia untuk melabur di Malaysia,” ujar Najib yang menambah bahawa Jokowi juga positif untuk menerima masuk para pelabur dari Malaysia ke negaranya.
Sementara itu, Jokowi menjelaskan tentang beberapa peluang utama pelaburan yang dibuka di republik berkenaan. Antara peluang pelaburan yang dipelawa Jokowi untuk diterokai para pelabur Malaysia adalah dalam pembangunan infrastruktur seperti pelabuhan, jalan keretapi, lapangan terbang dan kilang tenaga.
Najib dalam sidang akhbar tersebut menyatakan bahawa kunjungan pertama Jokowi sebagai presiden ke Malaysia amat bermakna bagi meneruskan tradisi dan mengukuhkan sebuah hubungan penting dan strategik berasaskan kebersamaan sejarah, agama serta sentimen.
Pada sebelah petang, Najib dan Jokowi bersama Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan majlis menandatanagani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PROTON Holdings Berhad (Proton) dengan syarikat dari Indonesia, PT Adiperkasa Citra Lestari (PT ACL) bagi mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam usaha pembangunan dan pembinaan kereta tempatan Indonesia.
Mewakili Proton pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah dan disaksikan oleh Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sementara mewakili PT ACL adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdullah Mahmuh Hendropriyono dan disaksikan oleh Duta Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno.
Hamzah Hamid
Fri Feb 06 2015
Kedua-dua negara setuju untuk memastikan kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Malaysia melalui satu saluran rasmi sahaja. -Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).
Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.