KUALA LUMPUR: Malaysia memperkukuh kerjasama dengan Jepun melalui penubuhan rangka kerja untuk mewujudkan rantaian bekalan yang mampan bagi industri pesawat di kedua-dua negara.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata kedua-dua negara pada Jumaat bertukar-tukar Memorandum Kerjasama (MOC) berhubung industri pesawat, yang dijangka turut mendorong lebih banyak pertukaran pengetahuan di antara Malaysia dengan Jepun melalui usaha bersama.
"Pejabat Penyelaras Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO Malaysia) akan menjadi tumpuan utama kepada inisiatif MOC berkenaan terutamanya dalam kejuruteraan dan reka bentuk, pembuatan aeroangkasa; penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih; penyelidikan dan teknologi; dan pembangunan modal insan," katanya dalam kenyataan semalam.
Menteri Kanan MITI Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertukar MOC itu dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Koichi Hagiuda dalam satu majlis yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya Fumio Kishida.
Ismail Sabri dalam lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari mulai 23 Mei.
Menurut MITI, pelaburan aeroangkasa Jepun di Malaysia pada masa ini tertumpu terutamanya dalam perkhidmatan kejuruteraan dan pembuatan aeroangkasa.
"Dengan adanya MOC tersebut, lebih banyak peluang dalam subsegmen lain boleh diteroka oleh kedua-dua pemain industri aeroangkasa untuk faedah bersama," katanya.
Kementerian berkata sejak sekian lama Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA) telah bekerjasama dengan Persatuan Syarikat-syarikat Aeroangkasa Jepun (SJAC) untuk membangunkan hubungan perindustrian yang kukuh melibatkan penggiat tempatan kedua-dua negara.
Syarikat seperti Spirit AeroSystems Malaysia, SME Aerospace dan Strand Aerospace Malaysia telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat Jepun seperti MHI, Kawasaki, Asahi, Mitsua dan Wada dalam kedua-dua program pesawat barat dan Jepun, katanya.
"Sepanjang pandemik, MAIA dan SJAC telah berkongsi pandangan dan amalan terbaik untuk menangani cabaran dalam rantai bekalan, dan melalui MOC tersebut, peluang yang lebih baik dijangka wujud kepada industri domestik untuk bersandar kepada rantaian bekalan dan nilai yang dipertingkatkan, seiring dengan kerjasama lebih besar daripada pertumbuhan industri pesawat di Malaysia," katanya.
Satu sasaran utama daripada kerjasama yang dipertingkatkan itu adalah penerimagunaan teknologi maju dan pendigitalan adalah penting untuk mencapai rantaian bekalan yang mampan -- yang mana transformasi adalah diperlukan bagi syarikat, pembekal dan penyedia perkhidmatan dan utiliti.
MOC tersebut akan menyokong inisiatif Pusat Kecemerlangan Aeroangkasa Negara Malaysia untuk membangunkan kepakaran tempatan yang mampu mengembangkan ekosistem negara dan menyokong keperluan industri.
MITI berkata MOC tersebut adalah seiring dengan aspirasi yang digariskan di bawah Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 dan Rangka Kerja Industri Aeorangkasa di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Kedua-dua dokumen dasar itu menumpukan perhatian kepada transformasi digital aeroangkasa dan Industri 4.0, pengukuhan ekosistem dan pembangunan modal insan.
Pada 2021, Jepun merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam industri aeroangkasa dengan jumlah perdagangan barang niaga aeroangkasa mencapai RM260.6 juta, menyumbang 1.9 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dalam industri aeroangkasa.
MITI berkata melalui pelbagai usaha bersepadu dalam melaksanakan strategi pembangunan perindustrian, industri aeroangkasa Malaysia dijangka menyumbang perolehan tahunan berjumlah RM30 bilion dan mencipta 30,000 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Mohamed Azmin bertukar MOC dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Koichi Hagiuda dalam satu majlis yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya Fumio Kishida. -BERNAMA
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir mendiang Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).