awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh

Bernama
Bernama
02/02/2025
07:00 MYT
Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Gobind berkata kerajaan memberikan perhatian serius terhadap DeepSeek dan modelnya sebelum ia boleh disesuaikan untuk kegunaan tempatan agar seiring dengan perkembangan pesat landskap AI. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
DeepSeek mendapat perhatian pantas, dan model AI platform itu dikatakan menandingi atau melebihi keupayaan platform yang telah mantap seperti ChatGPT OpenAI.
Gobind berkata kerajaan memberikan perhatian serius terhadap DeepSeek dan modelnya sebelum ia boleh disesuaikan untuk kegunaan tempatan agar seiring dengan perkembangan pesat landskap AI.
"Sebelum ini, kita telah menyaksikan kemunculan ChatGPT dan banyak lagi perkembangan lain dalam dunia AI, dan ini adalah sesuatu yang berterusan. Kita akan melihat kemunculan banyak lagi produk seiring dengan masa.
"Oleh itu, saya berpendapat ini adalah sesuatu yang perlu kita kaji dan akhirnya perlu melihat bagaimana kita juga boleh menyesuaikan diri dengan teknologi ini pada masa depan," katanya selepas menghadiri sesi taklimat mengenai sistem pengurusan digital kuil di Kuil Arulmigu Sri Maha Mariamman Thirukkovil di sini hari ini.
Pada 29 Januari, Agensi Anadolu (AA) melaporkan chatbot AI DeepSeek China telah mendapat tarikan pantas di peringkat global, menyaingi ChatGPT walaupun beroperasi dengan sumber yang lebih kecil.
Selain itu, ia telah mengetepikan model terdahulu di beberapa kawasan termasuk Amerika Syarikat, dengan menonjolkan keberkesanan kos dan kecekapannya.
Kebangkitan DeepSeek telah mencetuskan perbincangan dalam industri teknologi berikutan ia beroperasi dengan sebahagian kecil daripada sumber yang digunakan pesaingnya.
Prestasi DeepSeek terhadap peneraju industri seperti Google dan OpenAI telah menjejaskan saham teknologi utama khususnya dalam sektor semikonduktor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DeepSeek
#Malaysia
#AI
#Gobind Singh Deo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan