awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia ketengahkan kesan AI, ekonomi hijau terhadap pasaran kerja di ALMM ke-28

Bernama
Bernama
29/10/2024
15:24 MYT
Malaysia ketengahkan kesan AI, ekonomi hijau terhadap pasaran kerja di ALMM ke-28
KESUMA memaklumkan, Steven mengetuai delegasi Malaysia ke ALMM yang bermula hari ini hingga 31 Okt. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia bakal mengetengahkan isu kesan kecerdasan buatan (AI), digitalisasi serta ekonomi hijau terhadap pasaran kerja pada Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN (ALMM) ke-28 di Singapura.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengetuai delegasi Malaysia ke ALMM yang bermula hari ini hingga 31 Okt.
Menurut KESUMA, Sim dijadual menghadiri sesi dialog bersama diaspora Malaysia anjuran Talent Corp yang bertujuan menjalinkan hubungan lebih rapat dengan bakat-bakat rakyat Malaysia di luar negara selain mendengar cadangan dan pandangan mereka.
"Pada hari kedua, Menteri Sumber Manusia akan menghadiri mesyuarat bersama Menteri-Menteri Sumber Manusia ASEAN. Mesyuarat pada kali ini bertemakan 'Memperkukuh Ketahanan dan Mempromosikan Inovasi'.
"Dalam mesyuarat tersebut, Menteri Sumber Manusia akan membincangkan isu-isu kerjasama serantau berlandaskan Misi Strategik KESUMA 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan)," menurut kenyataan itu.
KESUMA memaklumkan isu lain yang bakal diketengahkan termasuk kerjasama serantau dalam peningkatan kemahiran pekerja untuk berhadapan cabaran ekonomi abad ke-21, keselamatan sosial pekerja, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ekonomi gig dan juga pekerja migran.
Menteri Sumber Manusia turut dijadual mengadakan Mesyuarat Dua Hala Bersama Menteri-Menteri Negara ASEAN yang lain bagi merapatkan hubungan kerjasama dengan negara-negara tetangga Malaysia.
"Menteri Sumber Manusia akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN +3 (ALMM+3) kali ke-13. Mesyuarat ini akan disertai tiga wakil dari negara gergasi ekonomi Asia iaitu China, Jepun dan Korea Selatan," menurut kenyataan itu.
Sim juga akan menyampaikan jemputan kepada Menteri-Menteri Sumber Manusia ASEAN serta wakil dari China, Jepun dan Korea Selatan untuk menghadiri beberapa program anjuran KESUMA pada 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#KESUMA
#ASEAN
#pasaran kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan