KUALA LUMPUR: Kerajaan terus komited untuk memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi program dan projek berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan memperkukuh dan memperluas pembiayaan berkaitan kemampanan dalam Belanjawan 2022 yang akan datang, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kerajaan melihat kepentingan pendekatan seluruh negara dari segi merangka dasar utama jangka pendek hingga jangka panjang untuk pembangunan mampan.
"Ini termasuk kesan perubahan iklim terhadap kestabilan kewangan dan ekonomi, serta menangani isu berkaitan sosial seperti kemiskinan.
"Kerajaan melihat kepada memacu usaha kemampanan terutamanya dalam memperkenalkan dasar serta insentif cukai dan bukan cukai untuk ekonomi hijau dalam menggalakkan lebih banyak pelaburan tenaga boleh diperbaharui," katanya pada Persidangan Utama Jawatankuasa Bersama mengenai Perubahan Iklim (JC3) hari ini.
Tengku Zafrul berkata kerajaan turut melihat kepada infrastruktur dan bandar mampan yang bersesuaian dengan matlamat persekitaran pasca pandemik COVID-19 termasuk mengoptimumkan pengurusan permintaan untuk tenaga, menggalakkan mobiliti rendah karbon dan pembinaan bangunan hijau.
"Akhirnya, matlamat utama untuk inisiatif sedemikian merangkumi mewujudkan ekonomi hijau yang rancak, visi baharu ekopelancongan dan sistem pengangkutan hijau serta menjana rantaian bekalan produk hijau di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Malaysia kini bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan Rangka Kerja Pembiayaan Negara Bersepadu, terdiri daripada platform untuk inovasi dan pembaharuan yang merangkumi dasar, peraturan, instrumen kewangan, institusi serta kerjasama awam dan swasta yang lebih besar.
"Kami kini di peringkat akhir pelancaran MySDG Trust Fund dengan kerjasama PBB untuk melengkapkan peruntukan pembangunan ke arah SDG bagi memenuhi sebarang jurang pembiayaan.
"Dana yang diuruskan secara bersama itu akan membolehkan mewujudkan kumpulan dana yang lebih besar yang diperoleh bukan hanya daripada kerajaan tetapi juga sektor swasta, individu dan entiti di seluruh dunia untuk menyumbang kepada program dan projek berkaitan SDG di Malaysia," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, Kementerian Kewangan (MoF) sedang menyelaraskan inisiatif dan program yang merangkumi elemen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang telah dilaksanakan oleh agensi yang berkaitan di bawah kementerian.
"MoF turut membincangkan mengenai cara bagaimana ini dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab pembiayaan yang mampan sebagai persediaan untuk Pelan Tindakan Pembiayaan Mampan kita.
"Kerajaan telah mengambil pendekatan 'seluruh negara' dalam menangani kesan perubahan iklim ke atas kestabilan kewangan dan kemampanan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Tengku Zafrul berkata kerajaan melihat kepentingan pendekatan seluruh negara dari segi merangka dasar utama jangka pendek hingga jangka panjang untuk pembangunan mampan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Malaysia komited perkukuh pembiayaan berkaitan kemampanan dalam Belanjawan 2022 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kerajaan melihat kepentingan pendekatan seluruh negara dari segi merangka dasar utama jangka pendek hingga jangka panjang untuk pembangunan mampan.