KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain menyokong padu multilateralisme Malaysia juga komited untuk menyelesaikan konflik melalui dialog aman dan konstruktif.
Berucap pada penutup Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-13 (ASEM 13) pada Jumaat, beliau berkata Malaysia juga sangat menekankan kepentingan keamanan, keselamatan dan kestabilan global.
"Kami berpegang kepada kewujudan bersama secara aman. Kami melihatnya sebagai satu cara untuk menyelesaikan isu geopolitik sedia ada, integriti wilayah dan kedaulatan negara lain," katanya pada sidang kemuncak secara maya itu.
Perdana Menteri juga menegaskan komitmen Malaysia terhadap proses ASEM untuk menangani isu serantau dan antarabangsa.
Konsep Mesyuarat Asia Eropah (ASEM), berkumpul dalam satu keluarga besar mampu menjadi asas bagi negara anggota mengukuhkan interaksi, tindakan dan keterlibatan dalam menyelesaikan isu.
Selain itu katanya dengan mengukuhkan perpaduan, kedua-dua rantau akan dapat memastikan keamanan, kestabilan serta kemakmuran.
Beliau berkata dengan menumpukan kepada persamaan, negara akan dapat berhubung dengan lebih baik dan berfikir secara lebih strategik.
"Dengan memahami perbezaan antara satu sama lain, kami membina keupayaan untuk berasa empati terhadap orang lain. Dengan bersatu sebagai sebuah keluarga, kami dapat melakukan lebih lagi dan meraikan kemanusiaan," katanya.
Ismail Sabri turut menekankan mengenai kebimbangan Malaysia terhadap situasi di Myanmar dan berharap demokrasi akan dapat dikembalikan di negara itu tidak lama lagi.
Beliau menambah Malaysia tetap komited menyokong usaha Duta Khas ASEAN untuk mencari penyelesaian secara aman di Myanmar.
"Kami juga berharap keadaan tidak terus meruncing. Ini akan memberi kesan buruk kepada proses penghantaran pulang pelarian Rohingya ke Myanmar," katanya.
Menurutnya, atas dasar kemanusiaan, Malaysia terus menghulur bantuan serta perlindungan kepada Rohingya.
ASEM terdiri 21 negara Asia, 28 negara Kesatuan Eropah (EU), dua negara Eropah, Sekretariat ASEAN dan Suruhanjaya Eropah. ASEM ditubuhkan pada 1 Mac 1996 bertujuan memupuk dialog dan kerjasama antara Asia dan Eropah.
Malaysia menyertai ASEM pada 1996 dan sejak itu aktif mengambil bahagian dalam semua inisiatif ASEM yang memberi manfaat kepada kedua-dua rantau.
Tema tahun ini "Strengthening Multilateralism for Shared Growth" bertepatan dengan usaha ASEM dalam menangani cabaran global melalui dialog.
Sidang kemuncak dua hari itu dipengerusikan Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Perdana Menteri juga menegaskan komitmen Malaysia terhadap proses ASEM untuk menangani isu serantau dan antarabangsa. - Gambar/ Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.