awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited tingkatkan hubungan dua hala bersama Australia - Anwar

Bernama
Bernama
21/11/2023
04:36 MYT
Malaysia komited tingkatkan hubungan dua hala bersama Australia - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese semasa kedua-dua pemimpin itu bertemu di Jakarta, Indonesia pada September lepas. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk mempertingkatkan lagi persahabatan dan perhubungan dua hala bersama Australia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, Malaysia dan Australia mempunyai hubungan yang erat, malah beliau dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese juga telah bertemu beberapa kali.
Ini termasuklah pertemuan di Jakarta, Indonesia dan kali terakhir ketika Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Fransisco, Amerika Syarikat.
"Saya mengalu-alukan delegasi Australia (ke Parlimen Malaysia) dan saya memberikan jaminan bahawa Malaysia kekal komited sebagai rakan dan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Australia," katanya sebelum menjawab pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengalu-alukan kehadiran delegasi Ahli Parlimen Australia diketuai Ahli Parlimen Blair, Queensland, Shayne Neumann yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bersama Hal Ehwal Luar Negara, Pertahanan dan Perdagangan.
Johari turut menyuarakan harapannya agar lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Parlimen kedua-dua negara. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Australia
#PM Anwar Ibrahim
#PM Anthony Albanese
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan