awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk kekejaman terhadap Peter Kassig, tentera Syria - Najib

Bernama
Bernama
17/11/2014
15:13 MYT
Malaysia kutuk kekejaman terhadap Peter Kassig, tentera Syria - Najib
Malaysia kutuk kekejaman terhadap Peter Kassig, tentera Syria - Najib
Malaysia mengutuk perbuatan kejam yang dilakukan terhadap seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat Peter Kassig dan anggota tentera Syria,kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitter-nya berkata, tindakan kejam itu bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam.
"Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan terhadap Kassig dan anggota tentera Syria. Perbuatan kejam ini mencabuli ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam," kata beliau.
Kumpulan militan digelar IS menyiarkan rakaman video pada Ahad menunjukkan mereka telah memancung kepala Kassig iaitu renjer Tentera Amerika Syarikat yang kemudian menjadi pekerja bantuan, yang ditawan semasa menghantar bantuan bekalan di Syria tahun lepas.
Video IS itu juga menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 18 orang yang dikatakan anggota tentera Syria dipancung secara kejam serentak.
Topic Berkaitan
#IS
#Najib Razak
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan