awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk pembunuhan Duta Besar Rusia di Turki

Bernama
Bernama
20/12/2016
13:13 MYT
Malaysia kutuk pembunuhan Duta Besar Rusia di Turki
Dalam catatan melalui akaun Twitter beliau hari ini, PM Najib menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga Karlov dan rakyat Rusia. - REUTERS/Osman Orsal/File Photo
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Duta Besar Rusia Andrey Karlov di Ankara, Turki, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam catatan melalui akaun Twitter beliau hari ini, PM Najib menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga Karlov dan rakyat Rusia.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Duta Besar Andrey Karlov di Ankara. Takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Rusia," kata beliau.
We condemn in the strongest terms the assassination of Ambassador Andrey Karlov in Ankara. Condolences to his family and the Russian people
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 20, 2016
Karlov maut akibat terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki ketika menghadiri pameran seni di Ankara pada Isnin. Serangan itu juga menyebabkan tiga orang cedera.
Awal hari ini, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu, yang disiftkannya sebagai suatu perbuatan hina dan tidak bertamadun.
Wisma Putra juga menggesa agar mereka yang terlibat dengan tidakan pengecut itu segera dihadapkan ke muka pengadilan.
"Ingatan dan doa kami sentiasa bersama mangsa, keluarga dan orang yang mereka sayangi dalam menghadapi detik-detik memilukan ini," kata kenyataan itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Andrei Karlov
#Ankara
#Duta Besar
#galeri seni
#Rusia
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan