awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk pencerobohan ekstremis Israel di Masjid Al-Aqsa

Bernama
Bernama
28/09/2023
12:24 MYT
Malaysia kutuk pencerobohan ekstremis Israel di Masjid Al-Aqsa
Pencerobohan itu disifatkan sebagai mencabar status quo undang-undang dan politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk pencerobohan oleh pendatang ekstremis Israel di Masjid Al Aqsa pada 24 dan 25 Sept.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata pencerobohan yang dirancang itu merupakan satu lagi tindakan yang disengajakan oleh rejim Israel dan jelas bertujuan untuk mencabar status quo undang-undang dan politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.
"Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak rejim Israel bertanggungjawab atas tindakan pencerobohan yang berterusan yang akan memburukkan lagi keadaan yang sudah parah di Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT).
"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Piagam dan mengecam rejim, selain menghentikan serta-merta semua tindakan provokasi dan pencerobohan untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Malaysia terus berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Zionis
#Palestin
#Masjid Al-Aqsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan