Malaysia mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat.
Menyifatkan tindakan itu sebagai bertentangan undang-undang serta unilateral, Wisma Putra berkata sebarang pengilhakan wilayah Palestin oleh Israel sebagai kuasa penceroboh merupakan pencabulan terang-terangan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat 1949 serta Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Resolusi 2334 (2016) Majlis Keselamatan PBB.
"Tindakan Israel jelas mencabuli perjanjian damai yang ditandatanganinya dengan Palestin iaitu Perjanjian Oslo 1993 dan 1995.
"Tindakan rejim juga menimbulkan persoalan akan keikhlasannya dalam usaha mencapai pendamaian dan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.
"Malah, ia turut memalapkan lagi prospek penyelesaian pembentukan dua negara yang disokong oleh masyarakat antarabangsa," demikian menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata Malaysia kekal teguh bersama rakyat Palestin susulan tindakan Israel itu dan menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB melunaskan tanggungjawab terhadap rakyat Palestin yang termaktub dalam piagamnya tanpa bertangguh lagi.
Majlis Keselamatan harus mengutuk dan menolak rancangan pengilhakan Israel serta harus memastikan rancangan tersebut tidak dilaksana, katanya.
"Malaysia mengulangi penegasan sokongan tidak berbelah bagi terhadap penduduk Palestin dan perjuangan mereka untuk bebas daripada pencerobohan haram Israel serta merealisasikan impian penubuhan negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
"Sehubungan itu, Malaysia akan terus menyokong usaha-usaha ke arah mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan ini yang kami yakini akan menyumbang kepada keamanan, keadilan dan kestabilan di rantau itu," kata Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020
Wisma Putra berkata Malaysia kekal teguh bersama rakyat Palestin. -Gambar fail/REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Malaysia kutuk rancangan Israel untuk ilhak kawasan Palestin
Malaysia mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat.