awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan di Mesir

Bernama
Bernama
09/05/2022
13:52 MYT
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan di Mesir
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas kemudahan pengepaman air di Sinai, Mesir pada Sabtu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh.
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas kemudahan pengepaman air di Sinai, Mesir pada Sabtu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh.
"Malaysia berharap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu akan diheret ke muka pengadilan," menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaan dan rakyat Mesir, khususnya kepada waris mangsa.
Malaysia turut menolak sekeras-kerasnya semua bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 11 tentera termasuk seorang pegawai terbunuh selepas militan menyerang kemudahan itu yang terletak di Semenanjung Sinai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keganasan
#Mesir
#Sinai
#Malaysia
#kutuk
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan