Malaysia hari ini mengutuk serangan kejam di Karachi, Quetta dan Parachinar di Pakistan pada Jumaat malam.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata kerajaan melahirkan takziah yang amat sangat dan simpati kepada kerajaan Pakistan dan keluarga para mangsa.

Ia mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilapor terlibat dalam kejadian itu.

"Menjadi harapan kita agar pelaku jenayah keji itu akan dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu lagi dan menambah bahawa Kementerian Luar menerusi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsul Jeneral di Karachi akan terus memantau keadaan di sana.

Serangan menjelang Aidilftri itu membunuh sekurang-kurangnya 80 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.

-- BERNAMA