awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran taufan: Rakyat Malaysia di Filipina dinasihatkan berwaspada

Bernama
Bernama
15/11/2024
13:37 MYT
Amaran taufan: Rakyat Malaysia di Filipina dinasihatkan berwaspada
Kementerian Luar menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melawat Filipina untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular bagi menerima kemas kini dan sokongan yang tepat pada masanya. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia sedang memantau rapi kesan Taufan Usagi atau dikenali Ofel yang telah melemah dengan ketara pada Jumaat selepas menyebabkan kerosakan di bandar utara Filipina.
Kementerian Luar dalam nasihat terkininya pada Jumaat memaklumkan bahawa sementara pihak berkuasa meneruskan usaha pemulihan, persiapan sedang dijalankan untuk Taufan Man-yi atau dikenali Pepito yang semakin kuat di barat Pasifik dan dijangka melanda bandar-bandar timur serta wilayah ibu kota Manila pada hujung minggu ini.
"Man-yi diunjurkan akan menjadi taufan super menjelang awal Ahad, dan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra telah menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melawat Filipina untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular bagi menerima kemas kini dan sokongan yang tepat pada masanya.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Manila di 107 Tordesillas Street, Salcedo Village, Makati, Metro Manila, Filipina atau melalui nombor telefon (632) 86628200 / (632) 86628201 / 02 dan alamat e-mel: [email protected] / [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
#Taufan Usagi
#memantau rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan