awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sambut baik gencatan senjata di Lubnan, gesa semua pihak patuhi syarat

Bernama
Bernama
28/11/2024
07:38 MYT
Malaysia sambut baik gencatan senjata di Lubnan, gesa semua pihak patuhi syarat
Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan dan menganggapnya sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan serta mengembalikan keamanan di Asia Barat. -Gambar fail/AP
PUTRAJAYA: Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan, menekankan perkembangan positif itu sebagai langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta mengembalikan keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

Ringkasan AI
  • Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan dan menganggapnya sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan serta mengembalikan keamanan di Asia Barat.
  • Malaysia menggesa semua pihak untuk menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB.
  • Malaysia menekankan bahawa keamanan di Asia Barat hanya akan tercapai dengan wujudnya Palestin yang merdeka, bebas, dan berdaulat.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Malaysia menggesa semua pihak menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata berkenaan.
Kementerian Luar turut mengulangi gesaan untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk Resolusi 1701 (2006), perlindungan ke atas orang awam dan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada rakyat Lubnan yang menderita akibat konflik yang berpanjangan.
Kementerian itu berkata gencatan senjata pada kadar segera dan kekal di Gaza juga perlu dilaksanakan dengan akses tanpa sekatan kepada bantuan kemanusiaan dipulihkan segera.
"Keamanan di Asia Barat hanya akan dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat," menurut kenyataan itu.
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Lubnan Hizbullah hasil perantaraan Amerika Syarikat dan Perancis mula berkuat kuasa pada 27 November.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#gencatan senjata
#lubnan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan