awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan Houthi di Jazan

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2021
06:04 MYT
Malaysia kutuk serangan Houthi di Jazan
Seorang warga Saudi dan seorang lagi warga Yaman yang menetap di Arab Saudi terkorban akibat serangan peluru di Jazan pada Jumaat lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu puak pemberontak Houthi ke atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Disember lalu.
Wisma Putra berkata keganasan yang berterusan akan menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.
“Malaysia mengutuk keras serangan peluru berpandu oleh Houthi ke atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Disember 2021 yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan, serta kemusnahan harta benda.
“Malaysia mengucapkan takziah dan menzahirkan simpati kepada mereka yang terkesan,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.
Wisma Putra turut menegaskan bahawa Malaysia menolak semua bentuk keganasan yang mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.
“Malaysia akan terus menyokong usaha untuk mencari penyelesaian aman kepada konflik di Yaman.”
Menurut media tempatan, seorang warga Saudi dan seorang lagi warga Yaman yang menetap di Arab Saudi terkorban akibat serangan peluru di Jazan pada Jumaat lalu.
Manakala tujuh yang lain mengalami kecederaan, termasuk enam penduduk Saudi dan seorang warga Bangladesh.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Houthi
#Saudi
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan