Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Kritikan itu disuarakan beliau menerusi akaun rasmi Twitter dan Facebooknya hari ini.



Najib turut sama menggesa supaya operasi ketenteraan yang dilakukan israel dihentikan.



Selain itu, najib turut menegaskan bahawa malaysia kesal terhadap kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa malah menyeru semua pihak agar bertenang.


Tambahnya, keamanan hanya boleh wujud melalui penyelesaian dua negara dan semua pihak harus mematuhi prinsip ini.

Sumber Perkhidmatan Kecemasan Bandaraya Gaza melaporkan seramai 11 wanita dan kanak-kanak menjadi antara 17 rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan terbaru pada Rabu.

Kejadian ini menjadikan angka kematian meningkat kepada 38 orang dalam tempoh dua hari.