SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Peru dan merampas 95 kapsul berisi kokain yang disembunyikan di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Mei lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 20 tahun yang juga 'keldai dadah' itu diberkas sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA hasil maklumat Polis Antarabangsa (Interpol).
Beliau berkata lelaki terbabit berada dalam keadaan mencurigakan di Balai Ketibaan Antarabangsa kira-kira 8.30 pagi sejurus tiba melalui penerbangan dari Peru dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu ke KLIA.
"Pemeriksaan dan imbasan sinar-X oleh pegawai perubatan mengesan imej mencurigakan di dalam perut lelaki itu dan dia kemudian ditahan di sebuah hospital berdekatan dengan pemantauan polis.
"Hasil pemantauan selama tiga hari, lelaki terbabit mengeluarkan 95 ketulan kapsul berwarna putih kekuningan dipercayai berisi dadah jenis kokain dianggar seberat 1,152 gram," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata lelaki itu yang bekerja sebagai mekanik mendakwa menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum menerima arahan seterusnya daripada kartel dadah untuk membawa bekalan berkenaan ke destinasi seterusnya.
Beliau berkata dadah dianggar bernilai RM230,400 itu dipercayai untuk pasaran antarabangsa dan lelaki berkenaan kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Dalam kes lain, Hussein berkata pihaknya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas syabu dan ganja, masing-masing seberat 11,418 gram dan 43,860 gram di kawasan parkir kenderaan di Petaling Jaya, pada 15 Mei lepas.
Beliau berkata susulan penahanan bapa, ibu dan anak berusia antara 21 hingga 44 tahun pada 3.10 petang itu, polis menahan seorang lagi lelaki tempatan kira-kira setengah jam kemudian di kawasan sama serta merampas satu bungkusan mengandungi dadah di dalam kereta dinaiki.
"Nilai rampasan bagi kes ini berjumlah RM364,800 dan dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang," katanya.
Pada tarikh yang sama, Hussein berkata polis turut menahan dua lelaki di sekitar Sungai Way, Petaling Jaya selepas pemeriksaan terhadap kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka menemukan dadah jenis ganja seberat 22.05 kilogram yang disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu.
Beliau berkata anggotanya turut berdepan detik mencemaskan apabila kedua-dua lelaki itu berkenaan bertindak melanggar kereta polis ketika ingin melakukan pemeriksaan.
"Susulan itu, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan bagi menghalang kedua-dua lelaki itu daripada meloloskan diri," katanya.
Menurut Hussein hasil penahanan mereka, polis berjaya menangkap seorang lagi lelaki di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 10 malam keesokan harinya dan merampas dadah jenis ganja seberat 21.809 kilogram yang disembunyikan dalam kotak dan tong di ruang tamu rumah.
Kesemuanya kini direman seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B ADB 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
![Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716208883_TBDADAH.jpg)
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (tiga, kanan) bersama para pegawai menunjukkan barang rampasan ketika sidang media berkaitan kejayaan anggota polis menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah di tiga lokasi berlainan. BERNAMA
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716275504_Handcuffedwomen.jpg)
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn, Isnin lepas.
![323 individu ditahan dalam Operasi HAWK di Pahang 323 individu ditahan dalam Operasi HAWK di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720882284_OpsHawk.jpg)
323 individu ditahan dalam Operasi HAWK di Pahang
Polis menahan 323 individu dan merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai lebih RM97,000 dalam Operasi HAWK selama empat hari yang berakhir semalam.
![Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000 Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720260315_ACPWanKamarul.jpg)
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, semalam.
![11 individu ditahan disyaki curi kabel 11 individu ditahan disyaki curi kabel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719756065_curikabel.jpg)
11 individu ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita pada Jumaat dan semalam kerana dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di sekitar Selangor.
![Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716208883_TBDADAH.jpg)
Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut
Polis menahan seorang lelaki warga Peru dan merampas 95 kapsul berisi kokain yang disembunyikan di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Mei lepas.
![Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714104146_handcuff.jpg)
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
![Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703940930_LogoPDRM.jpg)
Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand
Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
![Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696577172_handcuff.jpg)
Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.
![Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691063153_Handcuffedwomen.jpg)
Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.
![Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666069039_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.