KUALA LUMPUR: Perpustakaan digital kesihatan pertama Malaysia, yang dinamakan sebagai Beauty (Bringing Education And Understanding To You) and Health Digital Library for Health Promotion and Health Screening Portal, dilancarkan secara rasmi semalam bersama-sama 44 video dan 48 buku kecil dengan maklumat komprehensif mengenai kanser.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perpustakaan digital itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser kepada orang ramai.
"Membincangkan isu kanser adalah sesuatu yang mencabar dan memberi kesan terhadap emosi untuk kebanyakan orang khususnya dalam konteks Malaysia di mana penyakit itu masih dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan," katanya ketika berucap sebelum melancarkan perpustakaan digital itu di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini malam tadi.
Beliau berkata perpustakaan itu boleh membantu ahli keluarga mengenai kepentingan pengesanan awal gejala kanser kerana rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa dan inisiatif ini dijangka mampu mendidik orang ramai kepentingan menjaga kesejahteraan seluruh ahli keluarga serta teman rapat.
"Projek Beauty and Health, yang menggabungkan pusat kecantikan dan salun rambut, tampil sebagai langkah bijak untuk mendekati khalayak lebih luas... inisiatif ini bertujuan memulakan perbualan mengenai kesihatan termasuk pencegahannya, dalam mewujudkan topik perbincangan yang lazimnya dianggap tidak konvensional," katanya.
Perpustakaan itu dilengkapi Portal Pendaftaran Saringan Kesihatan yang menawarkan hab bagi penilaian kendiri kanser serta penyimpanan data kesihatan dan boleh diakses oleh orang ramai bagi pengurusan kesihatan yang proaktif selain mengekalkan rekod klinikal terperinci untuk rekod penjagaan diri dan kesihatan.
Perpustakaan digital itu dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Forum Kanser Asia (ACF) yang menghasilkan buku serta video pendidikan mengenai pelbagai jenis kanser dalam Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Lukanisman ketika berucap pada majlis pelancaran perpustakaan digital kesihatan pertama Malaysia di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Malaysia lancar perpustakaan digital kesihatan pertama berkaitan kanser
Perpustakaan itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser.