awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia lantik perwakilan baharu ke PBB, ASEAN

Bernama
Bernama
14/02/2023
11:11 MYT
Malaysia lantik perwakilan baharu ke PBB, ASEAN
Ahmad Faisal Muhamad dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan melantik Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.
Sementara itu, bekas Pesuruhjaya Tinggi ke New Zealand, Nur Izzah Wong Mee Choo pula dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyampaikan surat pelantikan kepada kedua-dua duta di kementerian itu pada Selasa.
Sebelum pelantikan ini, Ahmad Faisal merupakan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, Switzerland sejak 2019.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Myanmar pada 2011 hingga 2014 dan pernah berkhidmat di pejabat-pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di Singapura dan Moscow, Rusia.
Nur Izzah pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Beijing, China.
Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Inspektorat dan ditugaskan di Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala, Bahagian Asia Timur dan Asia Selatan, Bahagian Penerangan dan Bahagian ASEAN. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faisal Muhamad
#Wakil Tetap Malaysia ke PBB
#Nur Izzah Wong Mee Choo
#Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan