awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia lihat hubungan dengan China menerusi lensa strategik menyeluruh - PM

Bernama
Bernama
19/06/2024
12:22 MYT
Malaysia lihat hubungan dengan China menerusi lensa strategik menyeluruh - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia melihat hubungan dengan China bukan setakat dua hala, tetapi menerusi lensa strategik yang menyeluruh. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia melihat hubungan dengan China bukan setakat dua hala, tetapi menerusi lensa strategik yang menyeluruh.
Beliau percaya menjadi kepentingan strategik Malaysia untuk menjalin persahabatan dan kerjasama dengan China, dan bukan sebaliknya.
"Kita berusaha sedaya upaya untuk melibatkan China secara diplomatik dan menyepadukannya ke dalam hal ehwal serantau kerana ia penting untuk masa depan kita bersama," katanya semasa majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China, hari ini.
Anwar berkata hubungan perdagangan teguh yang menyaksikan China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 15 tahun lalu, menunjukkan kepentingan mendalam hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
"Memandangkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memangkin peningkatan kesalinghubungan dan kerjasama antarabangsa, inisiatif 'Dua Negara, Taman Berkembar' memberikan rangsangan ekonomi yang luar biasa khususnya di wilayah Pantai Timur Malaysia," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan Malaysia-China
#lensa strategik
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#hubungan diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan