awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia manfaatkan hubungan baik, cari penyelesaian tarif AS atas semangat ASEAN - PM

Bernama
Bernama
12/04/2025
11:24 MYT
Malaysia manfaatkan hubungan baik, cari penyelesaian tarif AS atas semangat ASEAN - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA @Arena hari ini. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Malaysia akan menggunakan kekuatannya dan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), Eropah, China dan ASEAN untuk terus mencari jalan mengenai pelaksanaan tarif import timbal balas AS.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata malah semua negara anggota serantau turut bersetuju untuk menyelaraskan usaha secara bersama bagi mencari jalan mengatasi krisis tarif atas semangat ASEAN.
"Ini penting kerana kita bukan bergerak sebagai Malaysia tetapi sebagai satu kekuatan (ASEAN).
"Masalah tarif yang dikenakan itu, kita harap melalui jalan-jalan (termasuk) perbincangan dan rundingan atas nama Malaysia, atas nama ASEAN kita dapat leraikan dengan sebaiknya," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan barisan kepimpinan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif import timbal balas
#tarif AS
#ASEAN
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan