Skip to main content

Malaysia

Malaysia-Mesir perluas kerjasama pendidikan dalam bidang teknologi, farmaseutikal

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Tamu Kenegeraan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, 10 Oktober 2026. Foto Pejabat Perdana Menteri/AFIQ HAMBALI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Tamu Kenegeraan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, 10 Oktober 2026. Foto Pejabat Perdana Menteri/AFIQ HAMBALI

Advertisement

Ringkasan AI

  • Malaysia dan Mesir akan memperluas kerjasama pendidikan ke bidang kejuruteraan, farmaseutikal, E&E, teknologi digital dan kecerdasan buatan.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan Mesir berpotensi menjadi sumber produk farmaseutikal untuk Malaysia, khususnya dari negara anggota BRICS.
  • Kerjasama pertahanan turut akan diperkukuh melalui perolehan dan latihan bersama walaupun kedua-dua negara dipisahkan jarak geografi.

PUTRAJAYA: Malaysia dan Mesir akan memperluas kerjasama pendidikan melangkaui pengajian Islam, termasuk dalam bidang kejuruteraan, farmaseutikal, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sedang berusaha mendapatkan produk farmaseutikal dari negara ekonomi sedang pesat membangun, termasuk negara anggota BRICS, dengan Mesir berpotensi menjadi antara sumber bekalan berkenaan.

"Saya yakin Mesir berpotensi menjadi antara destinasi bagi kita mendapatkan produk farmaseutikal," katanya pada sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, di sini, pada Sabtu.

Menurut Anwar, pendidikan perlu merangkumi bidang pengajian yang lebih luas selaras dengan keperluan kepakaran teknikal dan profesional, selain mengekalkan kerjasama dalam pendidikan Islam.

Beliau berkata, Universiti Al-Azhar kekal sebagai institusi penting dalam pendidikan Islam, khususnya dalam mempromosikan pendekatan sederhana atau wasatiyyah, namun peluang kerjasama perlu diperluas kepada bidang lain.

Anwar berkata hubungan pendidikan di antara kedua-dua negara sudah lama terjalin dengan ramai doktor Malaysia menerima latihan di Mesir, termasuk melalui institusi pengajian tinggi terkemuka negara itu.

Beliau turut menghargai sumbangan Mesir dalam memperkukuh kerjasama hal ehwal Islam, termasuk penubuhan pusat bahasa Arab di Malaysia hasil sokongan Presiden El-Sisi.

Katanya, kerjasama itu akan diteruskan menerusi agensi dan kementerian berkaitan bagi memperkukuh hubungan dalam bidang berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia dan Mesir perlu memperluas kerjasama pertahanan, termasuk dalam aspek perolehan pertahanan serta latihan bersama, walaupun kedua-dua negara dipisahkan jarak geografi yang jauh.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah bidang kerjasama pendidikan yang akan diperluas antara Malaysia dan Mesir? 
    A: Malaysia dan Mesir akan memperluas kerjasama pendidikan melangkaui pengajian Islam, termasuk bidang kejuruteraan, farmaseutikal, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).
  • Q: Mengapa Mesir dianggap berpotensi sebagai sumber produk farmaseutikal untuk Malaysia? 
    A: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan Mesir berpotensi menjadi antara destinasi bagi Malaysia mendapatkan produk farmaseutikal kerana negara itu merupakan ekonomi sedang pesat membangun dan anggota BRICS.
  • Q: Apakah peranan Universiti Al-Azhar dalam hubungan pendidikan antara Malaysia dan Mesir? 
    A: Universiti Al-Azhar kekal sebagai institusi penting dalam pendidikan Islam, khususnya dalam mempromosikan pendekatan sederhana atau wasatiyyah, dan menjadi tempat latihan ramai doktor Malaysia.
  • Q: Bagaimana Mesir menyumbang kepada kerjasama hal ehwal Islam di Malaysia? 
    A: Mesir menyumbang dengan memperkukuh kerjasama hal ehwal Islam, termasuk penubuhan pusat bahasa Arab di Malaysia hasil sokongan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.
  • Q: Apakah langkah yang akan diambil untuk memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Mesir? 
    A: Malaysia dan Mesir akan memperluas kerjasama pertahanan, termasuk dalam aspek perolehan pertahanan serta latihan bersama, walaupun kedua-dua negara dipisahkan jarak geografi yang jauh.

Product Recommendation Section Title

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Must Watch Video

Advertisement