awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mesti berani bawa perubahan demi masa hadapan lebih baik - PM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
06/03/2024
11:29 MYT
Malaysia mesti berani bawa perubahan demi masa hadapan lebih baik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di Australia hari ini. - Foto BERNAMA
MELBOURNE : Malaysia mesti berani membawa perubahan, dengan meninggalkan budaya lama bagi menjadikan negara dalam keadaan yang lebih baik pada masa hadapan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, perubahan itu bukan hanya didukung oleh kerajaan dan jemaah Menteri, tetapi juga di peringkat rakyat.
“Dalam sejarah negara, ada ketika di mana kita ada kesempatan untuk melakukan anjakan atau perubahan, pada hemat saya kita telah biasa dengan budaya lama dan perlu lakukan anjakan ini dengan berani,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia di sini, pada Rabu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut tidak menafikan dalam melaksanakan perubahan, akan ada bangkangan khususnya daripada pihak pembangkang yang ada antaranya membicarakan soal berkaitan agama dan sebagainya dan menyerang apa sahaja yang dilakukan kerajaan.
Bagaimanapun, perkara itu adalah perkara biasa politik dalam konteks sebuah negara demokrasi.
Justeru, Anwar berkata tumpuan ke arah perubahan adalah dengan membetulkan tatakelola, tadbir urus, menghentikan rasuah dan penyelewangan, di samping melaksanakan yang jelas yang boleh meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara gagah dan hebat.
“Jika perlu (laksana) transisi negara.. kita buat. Kalau perlu transformasi digital, perubahan dari segi teknologi pertanian.
“Kalau perlu hentikan ketirisan termasuk dalam pendaftaran subsidi, terpaksa kita lakukan, jangan bebankan rakyat kerana kita warisi hutang RM1.5 trilion dan defisit belanjawan negara adalah 5.6 peratus.
“Namun, oleh kerana ketegasan rakan-rakan semua parti dalam kerajaan, kita dapat kurangkan dalam masa satu tahun (defisit belanjawan) daripada 5.6 peratus jadi 5.0 peratus.
“Kita tidak terus amalkan pembaziran, apapun yang dikatakan dalam sejarah kita satu perkara yang saya boleh tegas dan berani sebut satu tahun tiga bulan kita perintah, belum muncul satu kes di mana menteri atau Perdana Menteri atau Menteri Kewangan yang berkuasa cuba merompak kekayaan dalam negara kerana kita cukup dengan ketegasan kita,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#rakyat Malaysia
#Perdana Menteri
#diaspora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan