KUALA LUMPUR: Dalam menyambut gesaan untuk menjalin kerjasama dan mencapai kemajuan mampan, Malaysia menyatakan minatnya untuk belajar dan bekerjasama dengan Korea Selatan, terutama dalam teknologi hidrogen.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad yang memperakui kepakaran rakan kejasama dari Korea Selatan berkata, langkah itu penting bagi memajukan keupayaan teknologi hidrogen negara bagi melengkapkan usaha pembangunan ekonomi hidrogen di Malaysia.
"Sama seperti Korea Selatan, Malaysia sedang giat meneruskan pembangunan ekonomi hidrogen memandangkan bahan gas itu mempunyai potensi untuk menjadi pemboleh yang penting dalam peralihan tenaga khasnya memandangkan ianya bersih, mampan dan fleksibel untuk ekonomi yang berdaya tahan dan rendah karbon.
"Saya memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia terbuka untuk perniagaan dan pelaburan asing, dan kami sedia membantu syarikat dari luar negara yang berhasrat untuk meluaskan operasi masing-masing di sini atau memperkukuh kedudukan sedia ada terutama dari Korea," kata Nik Nazmi dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Tenaga Mampan Malaysia-Korea 2023 di sini sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur kedua-dua negara, pada Khamis.
Beliau berkata, Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) yang baru dilancarkan, menggariskan hidrogen sebagai sumber tenaga bersih untuk mengurangkan pencemaran dan meningkatkan keterjaminan tenaga dan pada masa yang sama menekankan pentingnya peralihan negara kepada tenaga rendah karbon dan tenaga boleh baharu.
Pelan hala tuju, yang dilancarkan bulan lepas, mengunjurkan bahawa menjelang 2030, Malaysia boleh mencapai pengurangan 0.4 peratus hingga 1.3 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau dan menjana sumbangan hasil yang besar kepada KDNK, selain mewujudkan ribuan pekerjaan dalam sektor tenaga bersih.
Menjelang 2050, angka ini dijangka meningkat, meletakkan Malaysia sebagai pengeksport hidrogen utama di rantau Asia-Pasifik, dengan hasil yang ketara dan peluang pekerjaan, selain menyumbang kepada pengurangan 15 peratus dalam pelepasan GHG, katanya.
Dalam menangani trilema yang dihadapi dalam sektor tenaga, iaitu mengimbangi kemampanan, keselamatan dan kemampuan, Nik Nazmi juga menekankan bahawa inisiatif peralihan tenaga Malaysia bermatlamat untuk mencapai keseimbangan.
Beliau berkata, peralihan tenaga merupakan sebahagian daripada inisiatif negara yang lebih luas untuk menyusun semula ekonomi Malaysia di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI, manakala Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara atau NETR adalah asas dalam membentuk Malaysia sebagai peneraju serantau dalam peralihan tenaga dalam kalangan ekonomi Asia.
"Kami optimis bahawa inisiatif peralihan tenaga Malaysia akan berjaya mengimbangi trilema tenaga. Ia akan menjana peluang pekerjaan bergaji tinggi, menarik pelaburan domestik dan asing, dan memastikan kesinambungan bekalan tenaga hijau Malaysia," katanya.
Sementara itu, Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae berkata, sidang kemuncak itu berfungsi sebagai platform bukan sahaja untuk bertukar-tukar pengetahuan, malah berperanan sebagai pemangkin untuk projek kerjasama yang nyata, menetapkan asas untuk masa depan yang lebih mampan dan cekap tenaga di kedua-dua negara.
Sidang kemuncak itu, yang dianjurkan bersama oleh NRECC dan kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur, menghimpunkan lebih 60 pegawai dari Malaysia, termasuk pegawai dari NRECC dan kira-kira 40 wakil pelbagai agensi kerajaan dan syarikat penting Korea Selatan seperti Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga (MOTIE), Institut Ekonomi Tenaga Korea (KEEI), dan Agensi Tenaga Korea (KEA). - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Dalam menyambut gesaan untuk menjalin kerjasama dan mencapai kemajuan mampan, Malaysia menyatakan minatnya untuk belajar dan bekerjasama dengan Korea Selatan, terutama dalam teknologi hidrogen, kata Nik Nazmi Nik Ahmad. - Gambar fail Bernama
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.