Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN dan keempat di dunia menawarkan rawatan perubatan Cyberdyne Hybrid Limb (HAL), yang merupakan teknologi perubatan inovatif bagi merawat pesakit yang lumpuh atau lemah anggota badan.
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata, rawatan itu kini boleh didapati di Pusat Pemulihan Neuro-Robotics dan Cybernics di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak (TRRC) di Ayer Keroh di sini yang dilengkapi dengan 24 unit robot HAL yang dibangunkan Cyberdyne Inc dari Jepun.
Menurutnya, pusat tersebut memberikan rawatan kepada mereka yang diinsurankan Perkeso yang mengalami kekurangan daya fizikal ataupun kehilangan upaya akibat kecederaan atau gangguan akibat sistem saraf pusat seperti kecederaan saraf tunjang, strok, kecederaan otak traumatik, sklerosis berganda dan penyakit kemerosotan saraf, bagi mengembalikan semula keupayaan mereka.
"Saya dimaklumkan, rawatan Cybernic yang baru dibangunkan merupakan satu rawatan terkini menggunakan robot, yang akan membangkitkan fungsi otak-fizikal otak pesakit sendiri melalui interaksi isyarat antara manusia dan robot.
"Ini mempercepat proses pembelajaran otak dan otot untuk menggerakkan semula kaki yang lumpuh dan membawa perubahan dalam fungsi pergerakan pesakit. Teknologi baharu ini pasti akan meningkatkan kadar pemulihan pekerja yang dirawat dan dipulihkan di TRRC," katanya ketika merasmikan pusat rehabilitasi tersebut di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kaunselor dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun ke Malaysia, Hiroyuki Orikasa; Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed; serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cyberdyne Inc, Jepun, Prof Dr Yoshiyuki Sankai.
Kula Segaran berkata sehingga kini, 100 peaskit yang diinsurankan di bawah Perkeso telah menjalani rawatan Cyberdyne HAL di TRRC yang bermula November tahun lepas, di mana kebanyakan pesakit ini mengalami kecederaan saraf tunjang atau strok.
Sehingga bulan lepas katanya, TRRC telah menerima 3,875 pesakit yang diinsurankan Perkeso dan untuk empat bulan pertama 539 kes telah dirujuk ke TRRC yang mana 463 telah dibenarkan pulang dengan 268 diberikan rehabilitasi yang mana 195 daripada mereka, telah kembali bekerja.
Sementara itu ketika bercakap di sidang media selepas itu, Kula Segaran berkata, pada masa ini terdapat 100 orang yang diinsurankan, kini dalam senarai menunggu untuk menerima rawatan dan TRRC akan melakukan yang terbaik bagi memberikan rawatan kepada mereka secepat mungkin.
"Salah satu cadangan yang sedang dibincangkan ialah memanjangkan masa operasi lebih daripada 5.30pm dan kemungkinan membuka pusat itu pada hari minggu. Kita akan melihat cadangan itu dan apabila pusat itu dapat memenuhi permintaan orang yang diinsuranskan, kita mungkin membukanya kepada orang awam bagi menjana pendapatan," katanya.
Sementara itu, Mohammed Azman berkata kos permulaan untuk pusat dan teknologi ialah USD 200,000, manakala rawatan Cyberdyne HAL diberikan secara percuma kepada mereka yang diinsurankan Perkeso.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2019

KULA SEGARAN: Pusat tersebut memberikan rawatan kepada mereka yang diinsurankan Perkeso yang mengalami kekurangan daya fizikal ataupun kehilangan upaya akibat kecederaan atau gangguan akibat sistem saraf pusat.

AWANI Ringkas: Kerajaan PH lebih tegas tangani rasuah - TI-M
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 28 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Tular bergaduh depan rumah ada helikopter: 'Datuk, Datuk Seri salah faham'
Kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah.

AWANI Ringkas: Pengawal keselamatan didakwa cabul murid | 4,094 kes baharu COVID-19
![AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887594/2324679351611840043428_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - SPRM gagal kawal rasuah. - Kenapa pendatang tanpa izin terus ceroboh negara kita? - Majoriti rakyat Malaysia setuju perketatkan semula PKP. #HapusCOVID19 #NormaBaharu #DisiplinMalaysia

KPDNHEP lancar Ops Catut 8.0 pantau harga kelengkapan elektronik, komunikasi
KPDNHEP melancarkan Ops Catut 8.0 bagi memantau harga jualan komputer tablet, telefon bimbit dan alat komunikasi terutama perkakas internet.

Indonesia catat 476 lagi kematian akibat COVID-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac 2020.

COVID-19: Thailand rekod 756 kes baharu, sifar kematian
Thailand merekodkan 756 kes baharu dan sifar kematian sepanjang tempoh 24 jam yang lepas.

Pejabat LHDN Menara TM ditutup bermula esok bagi proses sanitasi
Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara TM, Jalan Semarak akan ditutup bermula esok bagi proses sanitasi. di Menara TM,

COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sembilan kluster baharu melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

COVID-19: Selepas dua bulan sifar kes, Vietnam catat 83 kes komuniti
Angka tersebut merupakan rekod harian tertinggi yang dicatatkan di Vietnam.

Cabar pengisytiharan darurat? PH hanya menyanggah keputusan PM - Anwar
"Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja," kata Anwar.

Kerajaan perlu akui FDI negara teruk, COVID-19 bukan alasan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif - MIDA
Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif walaupun ketidaktentuan global, dengan sejumlah US$26.4 bilion (US$1 = RM4.04) pelaburan telah diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2020.

ADGMIN1 tekankan usaha perkukuh keselamatan siber - Saifuddin
Pengukuhan keselamatan siber juga merupakan satu daripada komponen penting dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025.

Pelan induk digital lima tahun ASEAN dilancar
ADGMIN1 muncul di saat sangat mencabar dan kritikal kerana ekosistem digital semakin penting dalam kehidupan masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN.

ADGMIN1 berakhir dengan penerimaan Pelan Induk Digital ASEAN 2025
Malaysia diberi penghormatan menyelaras pembangunan ADM 2025 dengan pelan yang menyenaraikan Lapan Matlamat Keberhasilan bagi memudahkan kerjasama serantau dalam pembangunan sektor digital di ASEAN.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Isu ancaman siber antara tumpuan hari pertama ADGMIN1
Tatacara pentadbiran serta kaedah perpindahan data antara negara ASEAN juga akan dirangka.

Dana Khas COVID-19 ASEAN perlu dipercepatkan bantu negara anggota - Hishamuddin
Malaysia mengambil pendirian bersama Brunei mendesak agar Dana Khas COVID-19 ASEAN dapat dipercepatkan sesegera mungkin.