awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia negara pertama di luar benua Eropah sertai Davos Baukultur Alliance - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
10/05/2025
22:15 MYT
Malaysia negara pertama di luar benua Eropah sertai Davos Baukultur Alliance - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, Baukultur harus menjadi satu konsep sejagat dan bukan hanya konsep di benua Eropah. - Foto SUA Menteri
LABUAN: Malaysia secara rasmi telah diiktiraf sebagai negara pertama di luar benua Eropah yang menyertai Davos Baukultur Alliance, satu inisiatif global di bawah Forum Ekonomi Dunia, yang memberi penekanan terhadap nilai-nilai budaya dalam pembangunan bandar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengumumkan pencapaian membanggakan itu dalam ucapan alu-aluannya pada Mesyuarat Tahunan Anggota Davos Baukultur Alliance 2025 yang berlangsung di Ateneo Veneto, Venice pada Sabtu.
"Saya menegaskan bahawa pembangunan bukan hanya berkisar tentang aspek fizikal tetapi juga mengenai jiwa dan maruah masyarakat.
"Sebuah bandar harus dibina dengan semangat 'bersama rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat'," katanya dalam ucapan beliau yang dikongsikan kepada Bernama pada Sabtu malam.
Beliau turut mengetengahkan bagaimana prinsip-prinsip Pembangunan Bandar CHASE di Wilayah Persekutuan selari dengan lapan kriteria Sistem Kualiti Baukultur sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pelopor dalam mengamalkan prinsip Baukultur di luar benua Eropah.
"Baukultur harus menjadi satu konsep sejagat dan bukan hanya konsep di benua Eropah.
"Ia adalah rangka kerja global yang menuntut tanggungjawab bersama bagi membina bandar yang lestari dan berperikemanusiaan," katanya.
Dr Zaliha berkata Wilayah Persekutuan bersedia menjadi perintis dalam menterjemah prinsip-prinsip Baukultur kepada dasar, pelaksanaan dan reka bentuk pembangunan bandar sekali gus menjadikan ia sebagai model bagi wilayah lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Davos
#baukultur alliance
#Zaliha Mustafa
#Forum Ekonomi Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami