awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, New Zealand sahkan komitmen kerjasama di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara

Bernama
Bernama
02/09/2024
08:45 MYT
Malaysia, New Zealand sahkan komitmen kerjasama di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menyambut ketibaan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon, di Kompleks Seri Perdana, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen mereka terhadap kerjasama serantau di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini kedua-dua negara sepakat bahawa pesawat P-8A Poseidon Tentera Udara Diraja New Zealand yang baharu akan meneruskan amalan sekian lama pesawat peronda maritim New Zealand yang ditempatkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Butterworth itu, sebagai sebahagian daripada latihan FPDA akan datang, Bersama Lima.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari New Zealand Christopher Luxon di sini hari ini.
Luxon sedang dalam lawatan tiga hari ke Malaysia hingga esok untuk meningkatkan perbincangan dan kerjasama dua hala. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2023.
Kedua-dua Perdana Menteri mengiktiraf FPDA sebagai komitmen pertahanan lama yang kekal relevan dengan kepentingan strategik kedua-dua negara.
Anwar dan Luxon turut menghargai kerjasama erat yang berterusan dalam memerangi keganasan, mencegah ekstremisme ganas, dan memerangi jenayah terancang rentas negara, termasuk melalui pembinaan kapasiti dan pertukaran pakar dua hala.
Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan pengaturan kerjasama dua hala baharu yang akan menyokong penglibatan ini dan telah mengarahkan pegawai-pegawai untuk terus meneroka peluang-peluang bagi New Zealand dan Malaysia bekerjasama memperkukuh perpaduan sosial.
Anwar dan Luxon turut memperakui hubungan pertahanan Malaysia dan New Zealand yang telah lama terjalin sejak Perang Dunia Kedua, dan kedua-dua pemimpin mengesahkan bahawa kedua-dua negara akan mengekalkan kerjasama pertahanan dua hala secara tetap.
Mereka juga mengalu-alukan pelbagai usaha Kementerian Pertahanan kedua-dua negara dalam mengemas kini pengaturan dua hala mengenai Kerjasama Pertahanan 1996, serta perjanjian untuk meneroka usaha mengadakan Dialog Pertahanan Trek 1.5.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#New Zealand
#Anwar Ibrahim
#perjanjian pertahanan lima negara
#Christopher Luxon
#FPDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan