KUANTAN: Kerajaan memantau perbicaraan kes membabitkan dua rakyat Malaysia di Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo, Cuba, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
"Kita memantau perbicaraan dan apa sahaja perkembangan yang berlaku," katanya ringkas ketika ditanya perkembangan Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin yang dihadapkan ke mahkamah itu pada 30 Ogos lepas.
Kedua-dua rakyat Malaysia dihadapkan ke mahkamah itu berhubung insiden pengeboman di Bali, Indonesia kira-kira 19 tahun lepas.
Mereka ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo sejak 2006 bersama seorang rakyat Indonesia iaitu Encep Nurjaman, yang turut dikenali sebagai Hambali.
Menurut Pejabat Suruhanjaya Tentera AS, ketiga-tiga suspek sepatutnya dihadapkan ke mahkamah itu pada Februari lepas namun perbicaraan terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19.
BACA: Serangan bom: Dua rakyat Malaysia didakwa di Teluk Guantanamo
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata beliau secara peribadi menyokong cadangan mentransformasi Parlimen untuk menjadikan majlis tertinggi pembuat undang-undang itu badan berautonomi dan lebih bersifat bipartisan demi kepentingan rakyat.
"Antara perkara yang boleh dilakukan dalam transformasi ini ialah mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen supaya Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara dilantik bukan daripada kakitangan kerajaan sebaliknya daripada kalangan orang bebas.
"Begitu juga dengan Ketua Pentadbir Parlimen yang sekarang adalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) mewakili badan eksekutif serta kakitangan lain (lantikan kerajaan). Kalau transformasi ini dilakukan, bermakna kita perlu ada suruhanjaya yang bertanggungjawab merekrut pegawai dan petugas Parlimen," katanya.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata demikian selepas meninjau dan menyampaikan sumbangan kepada petugas kesihatan yang menangani pandemik COVID-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan mengenai transfomasi Parlimen yang membabitkan tiga perkara utama termasuk menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen akan diserah kepada Kabinet tidak lama lagi untuk disahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021

Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah menjawab soalan ketika sidang media selepas mendengar taklimat ketika melawat Pusat Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan hari ini. - Foto BERNAMA

Remaja hampir lemas dihanyut kepala air ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota pada Jumaat.
Isu di Kg Sungai Baru berpunca daripada janji palsu kerajaan terdahulu
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai mendakwa isu yang berlaku di Kg Sungai Baru disebabkan oleh janji palsu yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. #AWANInews

11 maut, 9 cedera dalam serangan bersenjata di Ecuador
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam.
Isu Kg Sungai Baru: Ahli Parlimen terdahulu perlu beri penjelasan
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata Ahli Parlimen terdahulu perlu tampil untuk memberi penjelasan kenapa isu di kawasan Kg Sungai Baru masih berlanjutan sehingga kini.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia Airlines, Manchester United Cipta Motif Baharu
Malaysia Airlines Memperkenalkan Beberapa Ciri Menarik Bagi Meningkatkan Lagi Kehadiran Jenama Itu Di Peringkat Global.
Pemandu rentung, kereta langgar pembahagi jalan
Pemandu ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, di Pendang, Kedah, pada Jumaat.
Hospital Miri laksana pembedahan derma organ pertama tahun ini
Hospital Miri berjaya melaksanakan pembedahan pendermaan organ atau transplantasi organ pertama tahun ini.
Terus lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin - Johari Abdul
Parlimen Malaysia akan terus jadi suara lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat negeri Sarawak, hari ini

Ejen dedah niat sebenar Jurgen Klopp di tengah spekulasi Real Madrid, Brazil
Spekulasi terkini menunjukkan bahawa Klopp sedang mempertimbangkan untuk kembali ke dunia kejurulatihan.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: 'Mangsa balik ke bilik selepas ditolak, ditampar'
Perbicaraan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu diberitahu mangsa kembali ke bilik asramanya selepas kejadian ditolak dan ditampar di bilik asrama 5 Belian pada Mac tahun lepas.

Bekas Presiden Korea Selatan hadir perbicaraan jenayah pertama atas tuduhan pemberontakan
Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Isnin menghadiri perbicaraan jenayah pertamanya atas tuduhan pemberontakan berkaitan percubaannya untuk melaksanakan undang-undang tentera.

Perbicaraan di Perancis bermula terhadap lelaki tembak bekas isteri, bakar hidup-hidup
Tertuduh berusia 48 tahun itu berdepan hukuman maksimum penjara 30 tahun.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Seramai 15 saksi akan hadir memberi keterangan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Arul Kanda mengaku tidak bertindak terhadap laporan negatif mengenai 1MDB
Pengakuan itu dibuat ketika pemeriksaan balas oleh peguam 1MDB berkaitan AS$700 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited.

'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman
Kamarul Zaman disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya.

Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.