awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana

Bernama
Bernama
17/03/2023
00:15 MYT
Malaysia perkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana
Pusat perubatan yang disenarai pendek dipilih dengan teliti menerusi proses yang ketat pada 2022 membabitkan analisis data serta penilaian di lapangan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memperkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana pertamanya dengan menyenarai pendek empat pusat perubatan iaitu Institut Jantung Negara, Island Hospital, Pusat Perubatan Mahkota dan Pusat Perubatan Subang Jaya.
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, program itu memainkan peranan penting dalam mentransformasi ekosistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini.
"Melalui program ini, hospital terkemuka negara sedang mempergiat komitmen dan usaha mereka bagi meningkatkan tahap kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan dari hujung ke hujung kepada pesakit sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi selamat dan boleh dipercayai bagi penjagaan kesihatan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, pusat perubatan yang disenarai pendek dipilih dengan teliti menerusi proses yang ketat pada 2022 membabitkan analisis data serta penilaian di lapangan.
"Sebagai menyokong pelan pertumbuhan semasa Tempoh Pecutan 2023-2025, finalis yang disenarai pendek akan diberikan beberapa insentif.
"Insentif ini termasuk pemudah cara pantas untuk menyokong pencapaian pembangunan, fleksibiliti konsep ujian dengan teknologi penjagaan kesihatan sandbox dan sebagainya," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan sama memaklumkan, Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana akan mempromosi inovasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan perubatan, membawa mereka lebih dekat untuk mencapai sistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan untuk negara dan menjadikan Penjagaan Kesihatan Malaysia sebagai jenama penjagaan kesihatan sejagat yang dikenali dan berwibawa.
"Sehubungan itu, saya dengan sukacita mengumumkan peruntukan Elaun Cukai Pelaburan (ITA) untuk finalis Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana, yang membolehkan hospital disenarai pendek kami yang mempunyai sumber untuk membuat perbelanjaan modal yang layak bagi menyokong rancangan pertumbuhan mereka semasa tempoh pecutan dari 2023 hingga 2025.
"Elaun ini akan meliputi pelaburan teknologi yang bertujuan memacu transformasi digital dalam penjagaan kesihatan selaras dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0 Malaysia," katanya.
Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana adalah kerjasama antara MHTC dan badan akreditasi perubatan sejagat IQVIA dan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana
#MHTC
#ekosistem penjagaan kesihatan
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan