KUALA LUMPUR: Malaysia, sebagai pusat kewangan Islam yang terkemuka sewajarnya terus memberi tumpuan kepada bidang penyelesaian pertikaian dalam kerangka umum Islam, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah hari ini.
Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) mampu mengumpulkan kumpulan pakar dalam bidang ini dalam usaha negara menjadi hab pilihan di Asia, pakar dalam timbang tara kewangan Islam serta pertikaian dalam industri halal.
"Penimbangtaraan Islam menyediakan laluan unik kepada penyelesaian pertikaian secara baik untuk perniagaan.
"Dengan menyediakan kaedah tertutp dalam penyelesaian pertikaian disamping mengekalkan nama baik dikalangan pihak terkait, ini membantu menggalakkan hubungan perniagaan yang lebih stabil," titah baginda semasa ucaptama Persidangan Minggu Penyelesaian Pertikaian Alternatif Asia Keempat (ADR) 2022 AIAC di sini hari ini.
Langkah-langkah boleh diambil untuk melatih mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang syariah, fiqh serta muamalat sebagai penimbang tara Islam dan ini akan membolehkan pertikaian diselesaikan tanpa perlu melibatkan majlis syariah atau pakar.
Ini akan menjadikan timbang tara Islam lebih menarik dan "lebih mudah" berbanding litigasi.
Titah Sultan Nazrin lagi, bagi membolehkan perkara itu, insentif serta laluan kerjaya perlu dirangka supaya graduan syariah dapat meneruskan kerjaya sebagai penimbang tara Islam agar bakat dan sumber manusia dapat dikembangkan dalam bidang syariat Islam.
Langkah-langkah juga boleh diperkenalkan dalam timbang tara konvensional, untuk memastikan Malaysia terus "membina kapasiti negara secara lebih meluas dalam semua bidang yang berkaitan dengan ADR."
Sekolah, kolej serta universiti boleh menggabungkan perbincangan berasaskan ADR sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka manakala institusi latihan juga boleh digerakkan untuk berkongsi kemahiran dan membantu membangunkan pengamal ADR yang berkesan.
Sultan Nazrin dalam titahnya juga menjelaskan, badan kehakiman telah dan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Malaysia sebagai bidang kuasa yang mesra terhadap timbang tara, malahan kehakiman negara secara konsisten telah mengambil pendirian pro-timbang tara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Dalam banyak kes, mahkamah telah meletakkan perjanjian timbang tara di tempat yang betul walaupun terdapat kelemahan kecil, ini menyokong pilihan pihak-pihak berkaitan yang mahu menyelesaikan isu-isu mereka dengan kaedah ini," katanya.
Penimbang tara pada mulanya dianggap sebagai alat untuk meringankan beban mahkamah dan ia bermula sebagai sistem pengawalseliaan dalam menyelesaikan pertikaian komersial berkaitan kontrak serta transaksi komersial antarabangsa.
"Mekanisme timbang tara telah berkembang daripada pematuhan berasaskan peraturan asal sehingga mampu memberikan fleksibiliti yang lebih besar.
"Ini membolehkan ADR menangani peningkatan kerumitan kes, yang kebanyakannya kini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan tuntutan," titah baginda.
Akibatnya, sektor berkenaan telah berkembang menjadi kaedah bebas dan lebih disukai bagi penyelesaian pertikaian serta jenis pertikaian yang dirujuk kepada timbang tara juga berubah.
"Ia tidak lagi terhad kepada isu kontrak dalam kontrak pembinaan, transaksi rentas sempadan, perdagangan dan pelaburan serta teknologi kewangan.
"Ia kini merangkumi tuntutan bukan kontrak pelbagai hala yang lebih kompleks seperti kedaulatan dan wilayah, rampasan harta termasuk hak asasi manusia antarabangsa," katanya.
Sultan Nazrin bertitah, rangka kerja pengawalseliaan yang dinamik diperlukan untuk memenuhi sifat kontrak yang kompleks dan berkembang serta tuntutan bukan kontrak yang kini ditangani melalui ADR.
AIAC berada pada kedudukan yang baik untuk berkhidmat sebagai kompas dalam melakar hala tuju melalui permukaan baharu dan mencabar ini. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Malaysia, sebagai pusat kewangan Islam yang terkemuka sewajarnya terus memberi tumpuan kepada bidang penyelesaian pertikaian dalam kerangka umum Islam, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. - Gambar fail BERNAMA
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.