awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
25/01/2025
09:45 MYT
Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu
Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu ketika sidang media pada Konvensyen Nasional Amanah hari ini.- Foto Bernama
KLANG: Malaysia perlu memastikan supaya ASEAN kekal teguh dalam mempertahankan hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan serantau sepanjang memegang peranan sebagai pengerusi blok negara-negara Asia Tenggara itu.
Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia memiliki tanggungjawab besar dalam memperkukuhkan integrasi dan memastikan keamanan serantau.
"Tindakan agresif mana-mana kuasa besar di Laut China Selatan harus ditolak dengan tegas bagi memastikan rantau ini kekal sebagai zon yang aman, stabil, dan bebas daripada sebarang konflik yang boleh menjejaskan kesejahteraan negara-negara serantau.
"ASEAN juga perlu perlu memberi perhatian kepada ancaman bukan tradisional terhadap rantau ini, seperti soal keterjaminan makanan akibat perubahan iklim dan krisis geopolitik," katanya ketika sesi Pidato Presiden pada Konvensyen Amanah Nasional 2024 di sini hari ini.
Mohamad, yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Malaysia perlu memainkan peranan penting dengan memastikan ASEAN tidak berdiam diri terhadap pelanggaran hak asasi manusia, dan bertindak secara kolektif menyelesaikan isu melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat.
Dalam perkembangan lain, mengulas pandangan yang mendakwa Amanah kini dilihat terkebelakang dalam membawa isu berkaitan Melayu dan agama Islam, Mohamad berkata Amanah mempunyai pendekatan tersendiri dalam membawa kedua-dua isu berkenaan,
Beliau berkata setiap tindakan atau kenyataan yang dibuat perlu mengambil kira keharmonian negara berbilang kaum.
"Kita perlu ingat, negara kita adalah negara majmuk. Mungkin kita dapat menyenangkan satu kaum, tetapi kita jangan sampai menyakiti kaum lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kepengerusian ASEAN
#Mohamad Sabu
#prinsip keadilan
#hak asasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan