KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan untuk Malaysia menubuhkan suruhanjaya bebas mengenai perubahan iklim, bagi dipertanggungjawabkan memantau dan melaporkan pencapaian pengurangan pelepasan karbon dioksida tahunan kepada orang ramai ataupun parlimen dalam melihat kemajuan negara dalam mencapai sifar karbon menjelang 2050.
Mantan Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Swasta Dr Milton Lum berkata walaupun 2050 masih jauh, tetapi persoalannya ialah apakah pencapaian yang hendak dicapai negara ke arah itu dan siapakah yang akan melaporkan pencapaian itu dan kepada siapa.
"Terdapat perbincangan mengenai perubahan iklim, tetapi tiada sesiapa yang risau mengenainya, kerana ia bukan sesuatu yang berlaku dan memberikan ancaman mendadak. Ia tidak menenggelamkan, tetapi jika ia satu ancaman segera seperti COVID-19, semua akan patuhinya seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
"Semua perlu sedar bahawa wujudnya masalah ini dan ia bermakna pihak berkuasa perlu menyedarkan orang ramai yang terdapatnya masalah (perubahan iklim) ini.
"Kerajaan perlu merancang kaedah menganganinya dan memastikan kaedah itu diterima dan dilaksanakan oleh orang ramai, kerana ia suatu cabaran yang besar," katanya pada program Bernama TV 'The Nation : Impak Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan Manusia', di sini semalam.
Dr Lum berkata ramai orang tidak menganggap perubahan iklim sebagai satu masalah, tetapi jika digunakan sains kelakuan seperti yang dikatakan Menteri Kesihatan Khairy jamaludin di Geneva baru-baru ini, anda akan dapat menyampaikan mesej anda dengan lebih baik.
Beliau berkata Khairy menyatakan mengenai penggunaan sains kelakuan dan aplikasinya dalam meningkatkan kadar vaksinasi COVId-19 di negara ini, yang merupakan suatu yang perlu dipuji kerana maklumat tentang COVID-19 telah disampaikan dengan lebih berkesan.
"Penyebab utama perubahan iklim ialah aktiviti manusia, terutamanya pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas, dan ini menyebabkan pelepasan gas rumah hijau yang terutamanya karbon dioksida dan metana.
"Terdapat tapak pelupusan sampah menyebabkan pelepasan metana dan dianggarkan bahawa pelepasan karbon dioksida masa kini adalah tertinggi dalam tempoh dua juta tahun dan ia bukanlah satu angka yang boleh diremehkan," katanya.
Dr Lum berkata kita telahpun melihat kesan perubahan iklim pada kesihatan manusia, bekalan air dan sekuriti makanan kerana apabila bekalan air terjejas, ia meningkatkan lagi penyebaran penyakit yang tersebar melalui air dan kekurangan bekalan air bersih akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit lain.
"Sekuriti makanan adalah masalah yang disebabkan perubahan iklum dan akan menyebabkan kekurangan zat dan berdasarkan kepada penemuan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Malaysia mempunyai kadar kekurangan zat tertinggi di rantau ASEAN.
"Negara-negara Scandinavia telah menunjukkan bahawa negara itu dapat mengurangkan perubahan iklim pada ketika peningkatan ekonomi mereka dan Malaysia harus belajar daripada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Dr Lum berkata, apabila bekalan air terjejas, ia meningkatkan lagi penyebaran penyakit yang tersebar melalui air. - Gambar hiasan/BERNAMA
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Operasi Al Jazeera diharamkan di Israel
Kerajaan Israel sebulat suara memuktamadkan keputusan penutupan operasi saluran berita 24 jam, Al Jazeera di negaranya berkuat-kuasa serta merta. Pengumuman itu dibuat menerusi undian kabinet Israel yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi kerajaan zionis dan perkongsian di laman media sosial 'X' Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (05 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Malaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim
Walaupun 2050 masih jauh, tetapi persoalannya ialah apakah pencapaian yang hendak dicapai negara ke arah itu.
Kerajaan dicadang tubuh suruhanjaya bebas bela OKU - Ras Adiba
Penubuhan suruhanjaya itu membolehkan golongan berkenaan menyalurkan sebarang bentuk aduan, rayuan dan petisyen berkaitan pelanggaran hak OKU.
Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC
Badan Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan menunaikan janjinya dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa berlengah lagi.
Pinda undang-undang rasuah secara menyeluruh - SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berharap undang-undang berkaitan rasuah akan disemak secara menyeluruh bagi membolehkan jenayah rasuah dapat ditangani dengan holistik.